mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Status dan prospek keusahawanan korporat: Kajian empiri

Kamso, Siti Maimon and Yusof, Ab. Aziz and Abdul Jabbar, Hijattulah and Saidin, Siti Zabedah (2000) Status dan prospek keusahawanan korporat: Kajian empiri. In: Seminar Peluang Penyegaran Semula Syarikat Melalui Keusahawanan Korporat UUM 2000, 27-28 Mac 2000, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Mai.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Tujuan kertas kerja ini ialah melihat status Keusahawanan Korporat dari peringkat kebangsaan manakala prospeknya daripada sudut usahawan dalaman yang berasal daripada dalam sesebuah organisasi induk (intrapreneurship) dan usahawan luaran iaitu yang daripada luar (exopreneurship) organisasi tersebut.Dapatan tentang status telah diperolehi daripada kajian (1996) terhadap 332 syarikat papan pertama KLSE. Kajian mengenai prospek pula ialah hasil daripada kajian (1999) di Universiti Utara Malaysia terhadap 556 orang pensyarah untuk intrapreneurship. Untuk Exopreneurship seramai 198 siswaniaga dibawah Program Incubasi Keusahawanan UUM telah menjadi responden.Data telah dianalisis menggunakan teknik Frekuensi Silang Jadual dan Regression.Dapatan status keusahawana korporat menunjukkan lebih banyak syarikat KLSE menjalankan keusahawanan luaran daripada dalaman. Kajian prospek keusahawanan korporat daripada UUM pula menunjukkan prospek dan potensi yang baik terhadap penubuhan kedua-dua pendekatan keusahawanan berasaskan sokongan majoriti yang diberi oleh semua responden.Namun begitu, peranan universiti, faktor penentu kejayaan serta unsur pencetus, kegagalan dan kekangan perlu diwaspadai dalam menghasilkan prospek tersebut.Terdapat faktor "peranan universiti" dan faktor "penentu kejayaan" mempunyai pengaruh yang besar dalam menghasilkan "manfaat" usahawan dalaman.Manakala faktor pencetus didapati mempunyai pengaruh yang, tinggi ke atas " manfaat" usahawan luaran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: College of Business
Depositing User: Prof. Madya Ab Aziz Yusof
Date Deposited: 06 Mar 2012 14:17
Last Modified: 04 Nov 2020 04:31
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5223

Actions (login required)

View Item View Item