mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Prospek keusahawanan dalaman (Intrapreneurship) di kalangan pensyarah Universiti Utara Malaysia

Saidin, Siti Zabedah and Kamso, Siti Maimon and Abdul Jabbar, Hijattulah and Yusof, Ab. Aziz (2000) Prospek keusahawanan dalaman (Intrapreneurship) di kalangan pensyarah Universiti Utara Malaysia. In: Seminar Peluang Penyegaran Semula Syarikat Melalui Keusahawanan Korporat UUM 2000, 27-28 Mac 2000, Pusat Konvensyen UUM.

[thumbnail of Si.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat prospek keusahawanan dalaman di kalangan pensyarah Universiti Utara Malaysia.Kajian dibuat melalui soal selidik yang dihantar kepada 556 orang pensyarah UUM.Data telah dianalisis menggunakan kaedah analisis taburan kekerapan, ujian T dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa UUM mempunyai potensi yang baik dalam mewujudkan usahawan dalaman di kalangan pensyarah berasaskan kepada minat yang ditunjukkan dan peluang yang diberi. Tiga (3) manfaat utama penubuhan usahawan dalam adalah penggunaan kepakaran, universiti perintis dan pengutamaan kreativiti. Selain itu, kajian mendapati pencetus utama keusahawanan dalaman ini adalah permintaan terhadap khidmat dan universiti dalam bidang pengurusan. Bagi menjamin kejayaan usahawan dalaman, faktor yang diutamakan adalah komitmen pihak terlibat, khidmat nasihat dan rundingan dan pulangan yang baik. Manakala faktor yang akan menggagalkan usahawan dalaman adalah strategi pasaran lemah, kos operasi tinggi dan rekabentuk barang kurang menarik. Oleh yang demikian, UUM perlu memainkan peranan yang sewajarya dalam mewujudkan usahawan dalaman seperti mengadakan skim usahawan dalaman, kemudahan inovasi dan mengesan kepemimpinan/ketokohan usahawan. Namun demikian, UUM juga perlu berwaspada terhadap kekangan-kekangan yang bakal dihadapi dalam mewujudkan usahawan dalaman. Antara kekangan utama adalah kekurangan modal, agihan masa bekerja dan berniaga dan tiada galakan dan organisasi.Ujian perbezaan yang dijalankan ke atas keenam-enam faktor manfaat, pencetus, kejayaan, kegagalan, peranan dan kekangan tidak menunjukkan sebarang perbezaan respons yang ketara.Secara keseluruhannya, kajian mendapati terdapat minat di kalangan pensyarah UUM untuk menjadi usahawan dalaman (intrapreneur) dan mereka yakin serta bersetuju dengan penubuhan usahawan dalaman di UUM.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: College of Business
Depositing User: Mdm. Siti Zabedah Hj Saidin
Date Deposited: 12 Mar 2012 23:42
Last Modified: 04 Nov 2020 04:30
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5229

Actions (login required)

View Item View Item