mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi mahasiswa terhadap amalan dan penggunaan akhbar bahasa Melayu

Hussein, Mohd. Hafidz and Ahmad, Mohd Khairie and Ariffin, Mohd Taib (2001) Persepsi mahasiswa terhadap amalan dan penggunaan akhbar bahasa Melayu. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of PERSEPSI_MAHASISWA.pdf] PDF
Download (739kB)

Abstract

Kajian ke atas media massa seperti akhbar bukan sesuatu yang baru. Namun tinjauan ke atas media ini harus selalu diteliti lebih-lebih lagi dengan evolusi dan revolusi teknologi komunikasi yang melanda dunia hari ini. Keadaan sebegini bukan sahaja memberi impak terhadap media tersebut malah turut melibatkan para khalayak. Mahasiswa merupakan satu kelompok khalayak yang bukan sahaja aktif malah cukup signifiken dari aspek penilaian mereka terhadap sesuatu media. Justeru itu kajian ini meneliti dua aspek penting akhbar iaitu amalan akhbar dan juga kegunaannya di kalangan mahasiswa. Hasil kajian mendapati umumnya mahasiswa mempunyai tahap persepsi yang sederhana terhadap amalan akhbar bahasa Melayu di negara ini. Namun dari segi kegunaan media, nampaknya ia lebih menjurus ke arah memenuhi keperluan hiburan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Mohd. Khairie Ahmad
Date Deposited: 28 Aug 2013 08:44
Last Modified: 31 May 2016 07:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5868

Actions (login required)

View Item View Item