mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pendidikan keibubapaan berdasarkan surah Luqman

Hamid, Rosnaaini and Abdullah, Suhanim and Abdullah, Syahrul Faizaz (2004) Pendidikan keibubapaan berdasarkan surah Luqman. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of PENDIDIKAN_KEIBUBAPAAN....pdf] PDF
Download (416kB)

Abstract

Pendidikan keibubapaan berdasarkan surah Luqman merupakan asas pendidikan yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini. Surah ini dinamakan dengan Luqman kerana pada ayat 12 disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi oleh Allah s.w.t. nikmat dan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian menjadikan beliau seorang yang sangat bersyukur di atas segala pemberian Allah s.w.t. Manakala di dalam ayat 13-19 kedapatan pula tentang nasihat-nasihat Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya. Kajian ini dijalankan untuk memahami maksud ayat secara mendalam di samping mengetahui garispanduan ilmu keibubapaan seperti yang dikehendaki oleh Islam berdasarkan surah Luqman. Data-data dikumpul menggunakan metode dokumentasi yang terdiri daripada rujukan al-Quran, al-Sunnah, buku-buku, kitab-kitab muktabar, jurnal dan ensiklopedia. Kitab tafsir yang muktabar menjadi sumber rujukan utama kepada penulis untuk memahami sesuatu ayat. Data-data dianalisis menggunakan kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian yang ditemui mendapati bentuk pendidikan surah Luqman terdiri daripada strategi pendidikan Luqman al-Hakim, pendidikan anak-anak berkaitan hubungan dengan Allah s.w.t dan hubungan sesama manusia. Model pendidikan keibubapaan yang diperkenalkan oleh Luqman al-Hakim bersesuaian sepanjang zaman. Pendidikan beliau juga mencakupi setiap aspek keperluan anak-anak untuk berhadapan dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan cabaran semasa. Implikasi kajian mencadangkan satu silibus baru dalam pendidikan keibubapaan kepada semua lapisan masyarakat.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Rosnaaini Hamid
Date Deposited: 28 Aug 2013 07:49
Last Modified: 28 Aug 2013 07:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5897

Actions (login required)

View Item View Item