mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pencemaran kualiti air Sungai Pasir di Sungai Petani, Kedah

Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Ismail, Hamidi (2001) Pencemaran kualiti air Sungai Pasir di Sungai Petani, Kedah. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of PENCEMARAN_KUALITI_AIR_SUNGAI_PASIR.pdf] PDF
Download (984kB)

Abstract

Berdasarkan Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Sungai Petani 1990-2010 didapati bahawa Sungai Pasir adalah antara sungai yang tercemar di Daerah Sungai Petani, Kedah. Sedangkan, Sungai Pasir adalah cawangan daripada Sungai Merbok yang menjadi sumber bekalan air bagi sebahagian besar penduduk Sungai Petani melalui Empangan Merbok dan Pinang Tunggal. Kajian ini bertujuan menganalisa pencemaran kualiti air yang berlaku di sungai tersebut serta punca yang menyumbang ke arah kemerosotan kualiti air di kawasan kajian. Kaedah kajian lapangan digunakan dengan melibatkan sebanyak tujuh lokasi persampelan sepanjang Sungai Pasir. Di mana, sebanyak enam parameter utama iaitu BOD, COD, SS, DO, NH3-N dan pH digunakan bagi mengukur tahap kebersihan air sungai ini melalui analisis makmal dan dipaparkan melalui Indeks Kualiti Air. Hasil diperoleh mendapati sungai ini dikategorikan sebagai sederhana tercemar dan tercemar dengan Kelas III yang memerlukan rawatan rapi sebelum dijadikan sumber bekalan air minuman.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
Date Deposited: 28 Aug 2013 07:25
Last Modified: 28 Aug 2013 07:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5951

Actions (login required)

View Item View Item