mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penilaian Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melalui gagasan latihan fizikal

Don, Yahya and Shaari, Abdull Sukor and Ajis, Mohd Na'eim (2005) Penilaian Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melalui gagasan latihan fizikal. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of PENILAIAN_PROGRAM_KHIDMAT_LATIHAN.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (454kB)

Abstract

Program Latihan Khidmat Negara dilancarkan buat pertama kali pada 16 Februari 2004. Program ini dianggap sebagai satu agenda nasional, setelah diluluskan oleh Parlimen, melalui Akta Latihan Khidmat Negara 2003 atau disebut sebagai Akta 628. Mukadimah Akta 628 ini menyebut, “Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan kehadiran orang bagi Latihan Khidmat Negara di Malaysia berdasarkan falsafah Rukun Negara, untuk menubuhkan Majlis Latihan Khidmat Negara bagi maksud latihan Khidmat Negara dan bagi perkara yang berkaitan dengannya dan bersampingan denganya”. Bagi memahami tahap penghayatan peserta Program Latihan Khidmat Negara mengenai gagasan-gagasan latihan yang dijalani, maka tiga pasukan kajian dibentuk. Kumpulan-kumpulan kajian memberi tujahan pada gagasan kenegaraan, gagasan psikologi dan gagasan latihan fizikal. Kajian ini adalah mengenai penilaian program latihan khidmat negara dari gagasan latihan fizikal. Gagasan latihan fizikal dipecahkan kepada empat elemen iaitu ketahanan mental, keyakinan diri, kepimpinan, dan espirit decorps. Exercise dan Self-Confidence Model (EXSEM) (Sontroem dan Morgan, 1989) digunakan untuk mengukur elemen-elemen tersebut. Jumlah responden untuk kajian ini pada peringkat awal program latihan berjumlah 2517 dan pada peringkat akhir 1909. Perbezaan min antara peringkat awal program latihan dan peringkat akhir program latihan telah diambil bagi mengetahui tahap keberkesanan gagasan fizikal dalam program latihan. Dapatan kajian ini menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan dalam min dalam elemen ketahanan mental, keyakinan diri, kepimpinan dan espirit decorps. Selain itu dapatan juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam min dalam gagasan fizikal antara jantina, lokasi peserta, kem-kem PLKN dan etnik peserta. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan gagasan latihan fizikal Program PLKN di Malaysia pada masa akan datang.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Research Report
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Yahya Don
Date Deposited: 28 Aug 2013 01:36
Last Modified: 28 Aug 2013 01:36
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5964

Actions (login required)

View Item View Item