mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kepelbagaian isu dalam pentadbiran dan pembangunan di Malaysia

Mustaffa, Che Su and Wan Abdullah, Wan Abd Rahman Khudzri and Abd Ghani, Rohani, eds. (2006) Kepelbagaian isu dalam pentadbiran dan pembangunan di Malaysia. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9833282784

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini ialah koleksi artikel yang memaparkan pelbagai isu merangkumi sosial, ekonomi dan politik dari sudut pentadbiran dan pembangunan di Malaysia.Artikel yang terdapat di dalam buku ini telah diolah agar bertepatan dengan temanya iaitu Kepelbagaian Isu dalam Pentadbiran dan Pembangunan di Malaysia.Kerencaman dalam pentadbiran awam di Malaysia dapat dilihat melalui artikel pertama yang menyentuh aspek kecekapan, pembaharuan dan perubahan struktur, akauntibiliti serta disiplin dan penilaian prestasi dalam kalangan kakitangan awam.Isu ekonomi turut membincangkan beberapa strategi bagi menangani kemelut yang melanda negara.Antara polisi yang diambil seperti penubuhan Majlis Bertindak Ekonomi Negara (MBEN), Penyusunan Semula Institusi Kewangan dan Kawalan Mata Wang Terpilih telah dilaksanakan.Dari sudut politik pula, terdapat artikel yang menyentuh falsafah pemikiran bekas perdana menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.Selain itu, isu politik federalisme yang turut dibincangkan ialah berkenaan sejarah awal kemerdekaan Tanah Melayu, kuasa serta kes imigresen yang berlaku di Sabah dan Sarawak.Aspek lain yang turut diberi perhatian ialah perbelanjaan pembangunan, corak perbelanjaan pembangunan di Malaysia, pengangkutan, pentadbiran undang-undang alam sekitar, unsur sejarah dalam konteks pembukaan Pulau Pinang dan pembangunan sosial dari sudut agama Islam.Selain daripada itu, elemen komunikasi turut dipaparkan.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Che Su Mustaffa
Date Deposited: 13 Dec 2012 07:14
Last Modified: 13 Dec 2012 07:14
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6296

Actions (login required)

View Item View Item