mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Gunatenaga wanita di bandar dan luar bandar negeri Kedah: Satu analisis ekonometrik

Abdullah, Norehan and Lim, Hock Eam and Mohd Mohaideen, Zalina (2000) Gunatenaga wanita di bandar dan luar bandar negeri Kedah: Satu analisis ekonometrik. In: Seminar Penyelidikan Universiti Utara Malaysia 1999, 1999, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of Nore.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji penglibatan wanita dalam guna tenaga di bandar dan luar bandar Negeri Kedah.Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti dan mengukur kesan faktor penentu kebarangkalian bekerja wanita dan bilangan jam bekerja (seminggu).Menggunakan set data bancian yang dikumpul melalui reka bentuk persampelan gabungan berstrata dan berkelompok, analisis kajian melibatkan model Probit untuk menganggar keberangkalian penyertaan wanita dalam guna tenaga dan model Selection Heckman untuk menganggar bilangan jam bekerja wanita (seminggu).Kajian ini juga menjelaskan pengaruh agama dan budaya, dan seterusnya mengukur kesan bilangan anak terhadap penyertaan wanita berkahwin selepas dikawal pengaruh pemboleh ubah lain seperti kos penjagaan anak.Melalui model Probit, beberapa faktor penentu keberangkalian bekerja semua wanita dan semua wanita berkahwin dapat dikenalpasti.Peluang pekerjaan dalam sektor tidak formal diluar bandar memberi fleksibiliti kepada wanita untuk menyertai guna tenaga berbanding wanita dibandar.Pengalaman kerja dan tahap pendidikan mempunyai kesan interaksi di mana pengalaman bekerja bagi mereka yang berpendidikan sekolah menengah dan ke atas adalah penting dalam menentukan keberangkalian untuk bekerja.Kajian mendapati wujudnya selection bias dalam penawaran buruh wanita di negeri Kedah dan ianya harus diambil kira dalam penganggaran penawaran buruh wanita di negeri Kedah dan ianya harus diambil kira dalam penganggaran penawaran buruh wanita.Institusi budaya dan agama wanita bumiputera (Islam) didapati memainkan peranan dalam keputusan penyertaan wanita dalam guna tenaga.Ia mengurangkan keberangkalian bekerja dan bilangan jam bekerja wanita bumiputera.Bilangan anak di bawah umur enam (6) tahun didapati mempunyai kesan negatif yang sangat significan (nilai p=0.0000)terhadap keberangkalian anak dibawah umur enam (6) tahun merupakan fixed cost dalam keputusan guna tenaga wanita bilangan anak di bawah umur enam (6) tahun merupakan fixed cost dalam keputusan guna tenaga wanita berkahwin.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9832078121 Anjuran: Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Norehan Abdullah
Date Deposited: 31 Dec 2012 04:20
Last Modified: 31 Dec 2012 04:20
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6694

Actions (login required)

View Item View Item