mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor yang mendorong kepada penggunaan semula dadah di kalangan penagih dadah psikoaktif

Mohamed, Mahmood Nazar and Che Din, Md Shuaib and Matokrem, Lasimon and Kasa, Muhamad Dzahir and Ahmad, Rusli (2000) Faktor yang mendorong kepada penggunaan semula dadah di kalangan penagih dadah psikoaktif. In: Seminar Penyelidikan Universiti Utara Malaysia 1999, 1999, Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of Ma.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (340kB)

Abstract

Kertas kerja ini cuba mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mendorong penagih semula apabila mereka dibebaskan dari Pusat Serenti, walaupun mereka tahu tentang kesan dan akibat penyalahgunaan dadah. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk meneliti sebab-sebab penagih kembali menagih. Antara sebab-sebabnya adalah seperti masih wujud perasaan "rindu" kepada dadah, kembalinya bekas penagih ke tempat tinggal yang asal, lantas dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka, keluarga dan masyarakat yang tidak ataupun kekangan-kekangan kehidupan lain seperti tiada pekerjaan, masalah dengan suami, isteri atau keluarga lain.Bagi menjawab persoalan ini seramai 2,817 orang penghuni dari 27 buah Pusat Serenti di Malaysia telah diambil sebagai sampel kajian.Kaunselor-kaunselor dari pusat Serenti sendiri telah dilantik untuk menjalankan temuduga ke atas penghuni berpandukan kepada soalselidik yang telah dibentuk khas. Ini adalah untuk mendapat maklumat semasa penagih di dalam Pusat Serenti.Seterusnya apabila mereka dibebaskan pula, penyelidik akan menghubungi mereka dengan menggunakan kaedah temuduga melalui telefon.Dengan menggunakan kaedah ini, seramai 1,941 orang penghuni berjaya dihubungi.Daripada jumlah ini didapati 93.6% daripada mereka telah relapse di bulan pertama, dan seterusnya meningkat ke 97.8% selepas 80 minggu mereka keluar dari Pusat Serenti.Kajian ini telah berjaya mengenalpasti beberapa faktor utama yang menyebabkan keadaan ini berlaku.Faktor itu seperti pengaruh, rakan, kekuatan dadah, masalah keluarga, masalah diri sendiri dan seterusnya masalah persekitaran.Manakala bagi responden yang tidak menagih semula adalah disebabkan oleh sokongan keluarga, rakan, agama, Masyarakat dan kekuatan serta keazaman diri sendiri.Jesteru itu semua pihak haruslah memainkan peranan yang berterusan bagi membendung gejala ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9832078121 Anjuran: Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 31 Dec 2012 03:21
Last Modified: 31 Dec 2012 03:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6709

Actions (login required)

View Item View Item