mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Meneliti perbezaan semangat patriotisme dan nasionalisme, semangat kesukarelawan, tanggungjawab sosial, penghargaan kendiri dan persepsi terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdasarkan faktor jantina

Ab Ghani, Rohani and Mustaffa, Che Su (2012) Meneliti perbezaan semangat patriotisme dan nasionalisme, semangat kesukarelawan, tanggungjawab sosial, penghargaan kendiri dan persepsi terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdasarkan faktor jantina. In: Seminar on National Resilience (SNAR) III, 03-05 December 2012, Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.

[thumbnail of Ro.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (625kB)

Abstract

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu program latihan bertujuan untuk melahirkan generasi Malaysia yang berjiwa patriotik dan mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.PLKN adalah mekanisme penting dalam memupuk semula semangat patriotism dan nasionalisme yang dikatakan sebagai semakin luntur dalam kalangan generasi muda kini.Dalam masa yang sama program ini juga dilihat mampu mempengaruhi aspek-aspek psikologi kumpulan ini.Kertas kerja ini meneliti perbezaan antara patriotisme dan nasionalisme, dengan semangat kesukarelawan, tanggungjawab sosial, penghargaan kendiri dan persepsi terhadap PLKN.Responden kajian adalah seramai 500 pelajar yang dibahagikan kepada dua kumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).Kumpulan tersebut terdiri daripada mereka yang pernah menjadi pelatih PLKN dan sekumpulan lagi ialah mereka tidak pernah menjalani program ini.Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah tinjauan keratan rentas melalui pengedaran soal selidik.Hasil kajian menunjukkan responden lelaki lebih patriotisme berbanding dengan responden perempuan, manakala responden perempuan mempunyai persepsi yang lebih positif terhadap PLKN berbanding dengan responden lelaki.Namun begitu tidak ada perbezaan yang signifikan di antara mereka dalam aspek semangat kesukarelawan, tanggungjawab sosial dan penghargaan kendiri.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0193-06-9 Anjuran: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Program Latihan Khidmat Negara, Patriotisme, nasionalisme, semangat kesukarelawan.
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Rohani Haji Ab Ghani
Date Deposited: 02 Jan 2013 00:07
Last Modified: 01 Dec 2016 04:53
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6853

Actions (login required)

View Item View Item