mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Program homestay pemangkin pertumbuhan ekonomi luar bandar, kajian kes: Negeri-negeri utara semenanjung Malaysia

Ibrahim, Johan Afendi and Ahmad, Mohamad Zaki (2009) Program homestay pemangkin pertumbuhan ekonomi luar bandar, kajian kes: Negeri-negeri utara semenanjung Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-IV 2009, 2-4 Jun 2009, Dre Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang. (Unpublished)

[thumbnail of J.a.i.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Malaysia mempunyai penduduk seramai 25.58 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia,2004) dengan pelbagai kaum yang mempunyai adat resam hidup masing-masing.Kaum terbesar adalah Melayu, diikuti Cina, India dan etnik-etnik lain di Sabah dan Sarawak.Keunikan adat resam setiap kaum mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan.Oleh itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan bersama Kementerian Pembangunan Luar Ban dar memperkenalkan program homestay bagi mempromosikan produk pelancongan desa.Program Homestay Malaysia dilancarkan pada tahun 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia. la adalah program yang terkandung di dalam Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam pelancongan. Kini, sebanyak 700 buah rumah homestay yang menawarkan 2,000 buah bilik di seluruh negara (Kementerian Pelancongan Malaysia, 2005).Program homestay merupakan satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan budaya Malaysia secara langsung.Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi membaiki rumah-rumah peserta dan penyediaan kemudahan in fiastruktur berkualiti kepada petempatan yang terlibat.Penduduk memberikan sambutan yang baik terhadap program ini kerana mampu meningkatkan taraf sosioekonomi disamping menonjolkan budaya hidup kepada pelancong.Kertas kerja ini akan membincangkan pencapaian program homestay dalam aspek sumbangannya terhadap sosioekonomi masyarakat luar bandar, aktiviti yang dipakejkan untuk pelancong, peranan pihak kerajaan dan cabaran yang dihadapi bagi memastikan program ini mapan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: homestay; pelancongan; luar bandar.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: DR. JOHAN AFENDI IBRAHIM
Date Deposited: 13 Feb 2013 01:28
Last Modified: 13 Feb 2013 01:28
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7108

Actions (login required)

View Item View Item