mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap kesediaan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) di negeri Kedah dan Perlis terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

Wallang, Muslimin and Dollah, Noor Faizah and Muslim, Sakinah (2007) Tahap kesediaan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) di negeri Kedah dan Perlis terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Mus.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (523kB)
[thumbnail of 1.Muslimin Wallang.pdf]
Preview
PDF
Download (415kB) | Preview

Abstract

Kajian dilakukan untuk mengetahui tahap kesediaan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Negeri Kedah dan Perlis terhadap keyakinan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Faktor yang dikaji adalah faktor demografi (jantina, umur, taraf pendidikan, tempoh perkhidmatan, penerimaan latihan, pemilikan komputer peribadi dan kemahiran menggunakan aplikasi komputer) sama ada ia mempengaruhi keyakinan kakitangan LHDN terhadap penggunaan ICT.Selain itu, kajian juga melihat kepada faktor sikap dan tahap kesediaan yang mana turut mempengaruhi keyakinan terhadap penggunaan ICT.Borang soalselidik telah digunakan untuk mengumpul data.Data dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS.Dua kaedah analisis digunakan iaitu analisis diskriptif dan analisis inferensi.Keputusan analisis kajian menunjukkan keyakinan kakitangan awam tidak mempunyai perbezaan yang signifikan berdasarkan kepada faktor jantina, taraf pendidikan dan faktor penerimaan latihan di kalangan kakitangan awam di LHDN Kedah dan Perlis.Namun begitu, faktor umur, tempoh perkhidmatan, pemilikan komputer peribadi dan kemahiran menggunakan komputer mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap keyakinan kakitangan LHDN Kedah dan Perlis ke atas penggunaan ICT.Hasil kajian juga mendapati bahawa sikap dan tahap kesediaan kakitangan LHDN mempengaruhi keyakinan terhadap penggunaan ICT.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11514
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Jun 2013 04:35
Last Modified: 09 Jul 2014 00:39
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7762

Actions (login required)

View Item View Item