mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pulangan dan beta sekuriti lulus syariah di Bursa Malaysia: Satu bukti keratan rentas menggunakan CAPM bersyarat

Shakrani, Mohd Saharudin and Abu Bakar, Abu Sufian and Mohd Taib, Hasniza (2006) Pulangan dan beta sekuriti lulus syariah di Bursa Malaysia: Satu bukti keratan rentas menggunakan CAPM bersyarat. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of sAR.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[thumbnail of 1.Mohd Saharudin Shakrani.pdf]
Preview
PDF
Download (842kB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan bersyarat antara pulangan dan beta sektor sekuriti lulus Syariah dengan menggunakan analisis regresi keratan rentas.Regresi pulangan dan beta tanpa membezakan antara pulangan lebihan pasaran positif dan negatif menghasilkan hubungan tidak bersyarat ‘flat’ antara pulangan dan beta bagi semua sampel kajian.Kajian ini juga bertujuan untuk menguji adakah beta memainkan peranan penting dalam menerangkan perbezaan keratan rentas pulangan sektor sekuriti lulus Syariah. Selain itu, kajian ini membuat perbandingan antara hubungan tidak bersyarat dan hubungan bersyarat antara beta dan pulangan sektor sekuriti lulus Syariah berdasarkan pendekatan Hodoshima (2000) iaitu statistik ringkas seperti R2 terlaras dan sisihan piawai persamaan dan Fletcher (1997) iaitu menggunakan magnitud nilai sebenar anggaran kecerunan.Dengan menggunakan CAPM bersyarat dan analisis regresi keratan rentas, bukti dalam kajian ini cenderung menyokong hubungan positif yang signifikan ketika minggu pasaran naik dan hubungan negatif yang signifikan ketika pasaran jatuh bagi semua sampel kajian.Kajian ini mencadangkan bahawa beta merupakan alat yang berguna dalam menerangkan perbezaan keratan rentas dalam pulangan sektor sekuriti lulus Syariah dan menyokong kesinambungan penggunaan beta sebagai pengukur risiko.Berdasarkan kepada R2 terlaras, sisihan piawai persamaan dan magnitud nilai sebenar anggaran kecerunan, hubungan bersyarat antara pulangan dan beta didapati lebih kuat ketika pasaran jatuh berbanding ketika pasaran naik dan didapati hubungan ini lebih sesuai diukur dengan pendekatan Fletcher (1997) berbanding Hodoshima (2000) dengan menggunakan kaedah CAMP Bersyarat oleh Pettengil (1995).

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O:11363
Uncontrolled Keywords: Peletakan Harga Aset, Model Keratan Rentas,Sekuriti Diluluskan Syariah
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 Jun 2013 09:01
Last Modified: 10 Jul 2014 01:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7850

Actions (login required)

View Item View Item