mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis taburan hujan luar biasa dan bencana banjir di Lembangan Kedah menggunakan teknik box plot

Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Ismail, Hamidi and Ismail, Mazlan Analisis taburan hujan luar biasa dan bencana banjir di Lembangan Kedah menggunakan teknik box plot. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of upsi-Tuan_Pah_Rokiah.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (322kB)

Abstract

Hujan adalah air yang turun menitik dengan banyaknya yang terpeluwap daripada wap di atmosfera.Taburan hujan sangat dipengaruhi oleh corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi lokal menentukan corak taburan hujan.Kajian analisis taburan hujan yang dijalankan di Lembangan Kedah adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap taburan hujan yang diterima oleh Lembangan Kedah sekaligus menjadi penyebab kepada peningkatan kekerapan kejadian banjir di lembangan tersebut akhir-akhir ini.Metod kajian ini adalah menggunakan teknik analisis box plot bagi melihat outliers atau jumlah taburan hujan luar biasa ekstrim (*) yang diterima di Lembangan Kedah.Justeru data hujan selama sebelas tahun telah digunakan dalam meneliti taburan hujan di Lembangan Kedah yang diperoleh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Ampang.Hasil kajian mendapati kebanyakan stesen hujan yang dipilih menunjukkan terdapat peningkatan kekerapan kejadian taburan hujan luar biasa ekstrim terutamanya di stesen hujan Alor Setar, Ampang Pedu dan Sintok.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejadian hujan luar biasa dan salah satu puncanya adalah aktiviti manusia yang mengeksplotasi sesuatu kawasan bukan secara mampan.Misalnya, hasil kajian mendapati stesen hujan yang berada di pedalaman (Ampang Pedu dan Sintok) adalah lebih dominan atau sangat kerap menerima kejadian hujan ekstrim yang luar biasa.Situasi ini mungkin berkaitan dengan menerokaan kawasan tersebut untuk pelbagai aktiviti pembangunan misalnya, petempatan, infrastuktur, empangan dan sebagainya.Rumusannya, akibat daripada taburan hujan luar biasa yang ekstrim akibat daripada aktiviti manusia maka, di Lembangan Kedah akan terdedah kepada kekerapan berlakunya banjir besar.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11933
Uncontrolled Keywords: taburan hujan dan banjir
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
Date Deposited: 15 Jul 2013 01:35
Last Modified: 15 Jul 2013 01:35
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/8121

Actions (login required)

View Item View Item