mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hasil dan impak program kemahiran Kolej Komuniti Malaysia

Don, Yahya and Sakdan, Mohd Fo'ad and Daud, Yaakob and Kasim, Kamarudin (2012) Hasil dan impak program kemahiran Kolej Komuniti Malaysia. Siri Monograf Pendidikan . Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0474-40-3

Full text not available from this repository.

Abstract

Peranan Kolej Komuniti Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah menyediakan kursus dan latihan program kemahiran yang diperlukan oleh semua peringkat pelajar tanpa mengambil kira umur dan kelayakan yang dimiliki. Kolej Komuniti Malaysia menyediakan peluang kedua kepada pelajar lepasan sekolah menengah di Malaysia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sebelum mereka menceburi dunia pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.KPT meletakkan harapan yang tinggi kepada Kolej Komuniti Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi, perniagaan dan perkhidmatan industri.Oleh yang demikian, penghasilan monograf bertajuk “Hasil dan Impak Program Kemahiran Kolej Komuniti Malaysia” ini bertujuan untuk membentangkan dapatan penelitian hasil dan impak kursus-kursus yang sedang dilaksanakan di Kolej Komuniti terhadap kompetensi diri pelajar dan kualiti perkhidmatan staf serta pensyarah di semua Kolej Komuniti di Malaysia. Secara khususnya, kajian yang dilaksanakan bertujuan untuk meneliti hasil dan impak profil peserta kursus, kompetensi diri dari aspek sikap mereka terhadap kursus-kursus kemahiran, tahap keyakinan diri yang berkaitan latar belakang pengetahuan dan juga kemahiran serta kualiti perkhidmatan yang terdapat di semua Kolej Komuniti di Malaysia.

Item Type: Book
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Mohd. Foad Sakdan
Date Deposited: 29 Sep 2013 00:18
Last Modified: 29 Sep 2013 00:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/9102

Actions (login required)

View Item View Item