mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor penentu prestasi pelajar dalam subjek perakaunan pengurusan

Mat Zin, Rosliza and Abdul Manaf, Nor Aziah and Ishak, Zuaini (2000) Faktor penentu prestasi pelajar dalam subjek perakaunan pengurusan. In: Seminar Penyelidikan UUM 2000, 2000, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of R.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan seterusnya menilai beberapa faktor yang menentukan prestasi pelajar dalam subjek perakaunan pengurusan di peringkat matrikulasi UUM. Subjek perakaunan pengurusan merupakan salah satu daripada subjek wajib bagi semua pelajar untuk diterima masuk ke peringkat ijazah di UUM.Subjek ini dipilih dalam kajian memandangkan pencapaian pelajar yang rendah berbanding dengan subjek-subjek lain di peringkat matrikulasi. Analisis kajian ke atas 393 sampel pelajar yang dipilih secara rawak menggunakan kaedah frekuensi mendapati purata markah pelajar secara keseluruhannya adalah dalam lingkungan gred C.Dalam menilai hubungan di antara pembolehubah, analisis regresi berganda mendapati 69% daripada variasi dalam pencapaian dalam subjek perakaunan pengurusan diterangkan oleh faktor prestasi terdahulu, tahap usaha dan sikap pelajar sendiri. Penemuan menunjukkan hubungan positif yang signifikan di antara markah perakaunan pengurusan dengan pencapaian terdahulu pelajar iaitu purata matagred keseluruhan dan pencapaian dalam subjek perakaunan kewangan yang diambil oleh pelajar dalam semester sebelumnya. Di samping itu prestasi terdahulu dalam subjek berkaitan (matematik) dan pendedahan awal dalam bidang perakaunan sama ada di peringkat matrikulasi ataupun di peringkat SPM juga menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi pelajar.Faktor-faktor lain yang juga boleh mempengaruhi prestasi pelajar adalah faktor sikap, usaha dan tahap motivasi pelajar dalam mempelajari subjek perakaunan pengurusan. Walau bagaimanapun faktor jantina, sekolah terakhir pelajar, galakan ibu bapa dan motivasi tidak signifikan dalam menentukan prestasi pencapaian pelajar. Kajian ini seterusnya mencadangkan pembolehubah yang signifikan yang boleh diambilkira dalam menerangkan variasi prestasi pelajar dalam subjek perakaunan pengurusan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: ISBN: 9832479010 Anjuran: Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: College of Business
Depositing User: Dr. Rosliza Mat Zin
Date Deposited: 10 Mar 2014 06:47
Last Modified: 10 Mar 2014 06:47
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/9600

Actions (login required)

View Item View Item