mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Demonstrasi jalanan: Kajian kes Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya dan Adil (BERSIH) di Malaysia

Mustaffa, Jamaludin and Hamzah, Mohd Hilmi and Ngah, Kamaruddin (2013) Demonstrasi jalanan: Kajian kes Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya dan Adil (BERSIH) di Malaysia. In: Second International Conference on Elections & Democracy 2013, 6-7 November 2013, Faculty of Social Sciences, Universiti Malaysia Sarawak. (Unpublished)

[thumbnail of C1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (449kB)

Abstract

Kajian ini untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan masyarakat terhadap demonstrasi dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan masyarakat menyertai demonstrasi jalanan. Di samping itu, kajian ini juga untuk melihat kesan daripada demonstrasi dan langkah-langkah yang dicadangkan oleh responden bagi mengatasi masalah demonstrasi jalanan.Metodologi kajian menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik di mana sampel yang diambil sebanyak 150 orang responden yang terdiri daripada masyarakat di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan daripada lapan tuntutan tersebut, perkara utama perlu dilaksanakan adalah hentikan rasuah pilihan raya.Ini diikuti 2) hentikan politik kotor, 3) bersihkan senarai undi, 4) guna dakwat kekal, 5) akses media yang bebas dan adil, 6) kukuhkan institusi awam, 7) masa kempen minima 21 hari dan 8) mereformasi undi pos.Analisis dapatan kajian juga menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi mereka terlibat dengan demonstrasi jalanan tersebut adalah peranan yang dimainkan oleh pemimpin terlibat dan diri mereka sendiri. Manakala dari segi kesan akibat berdemonstrasi responden bersetuju ia memberi kesan terutamanya dari segi politik, ekonomi dan sosial. Secara rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa tujuan atau faktor utama penglibatan dengan demonstrasi disebabkan kepimpinan dan diri sendiri di samping tuntutan utama perlu dilaksanakan ialah mereka mahukan hentikan rasuah pilihan raya. Justeru itu langkah-langkah yang dicadangkan oleh responden haruslah dititikberatkan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelak impak kepada negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Jamaludin Mustaffa
Date Deposited: 12 Mar 2014 08:06
Last Modified: 12 Mar 2014 08:06
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/9992

Actions (login required)

View Item View Item