mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Akta Francais 1998 (Pindaan) 2012: Melindungi hak francaisor dan francaisi

Md Jani, Mohamad Yusop (2013) Akta Francais 1998 (Pindaan) 2012: Melindungi hak francaisor dan francaisi. In: Conference on Business Management Research 2013, December 11, 2013, EDC, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

[thumbnail of 31.pdf]
Preview
PDF
Download (568kB) | Preview

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang Akta Francais 1998 (Pindaan 2012) beserta dengan beberapa seksyen penting yang memerlukan penjelasan dan penerangan.Secara umumnya, Akta Francais 1998 boleh dibahagikan kepada lapan bahagian utama yang merangkumi enam puluh satu (61) seksyen.Akta yang dikuatkuasakan pada tahun 1998 dan dipinda pada tahun 2012 bertujuan untuk melindungi kepentingan dan hak-hak francaisor dan francaisi dalam sistem perniagaan francais di Malaysia.Memandangkan hubungan francaisor dan francaisi melibatkan tempoh yang panjang (seksyen 25 menyatakan tempoh minima francais sekurang-kurangnya 5 tahun) boleh menimbulkan konflik dan pertikaian kerana kedua-dua pihak mempunyai matlamat perniagaan yang berbeza.Sehubungan dengan itu, Akta Francais 1998 (dipinda 2012) dilihat sebagai pelindung kepada kedua-dua pihak dalam menjalankan perniagaan.Namun begitu, persoalan yang timbul adalah sejauh mana akta ini benar-benar difahami dan dipraktikkan oleh francaisor dan francaisi dalam konteks hubungan francais di Malaysia? Walaupun terdapat dakwaan bahawa Akta Francais 1998 telah membantut proses pembangunan industri francais itu sendiri kerana isu birokrasi, namun ia dilihat oleh banyak pihak sebagai satu cara untuk mengelakkan penipuan dan diskriminasi terhadap francaisi oleh francaisor.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by: School of Business Management, College of Business, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Akta Francais 1998, francaisor, francaisi, diskriminasi
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mr. Mohamad Yusop Mohd Jani
Date Deposited: 10 Dec 2015 06:56
Last Modified: 18 Apr 2016 07:38
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16386

Actions (login required)

View Item View Item