mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tingkah laku mencederakan diri sendiri dalam kalangan remaja: Satu kajian konseptual

Johari, Mohd Faruhi and Kamsani, Siti Rozaina and Abdul Ghani, Mariny (2022) Tingkah laku mencederakan diri sendiri dalam kalangan remaja: Satu kajian konseptual. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 25. pp. 217-238. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 25 2022 217-238.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (368kB) | Preview

Abstract

Makalah ini membincangkan mengenai fenomena tingkah laku remaja mencederakan diri sendiri. Kes tingkah laku remaja mencederakan diri sendiri ini sememangnya wujud, dan jumlahnya semakin meningkat setiap tahun seiring laporan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanan dan remaja yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laporan Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan. Fenomena ini perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak terutamanya guru bimbingan dan kaunseling di sekolah supaya Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai dan melahirkan pelajar yang mempunyai kesihatan mental yang baik serta berminda sihat. Oleh itu, makalah ini dihasilkan agar dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling memahami fenomena mencederakan diri sendiri dengan lebih lanjut. Makalah ini juga membincangkan mengenai tingkah laku remaja yang mencederakan diri sendiri dan antara faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada remaja mencederakan diri sendiri yang selalunya dikaitkan dengan pelbagai simptom psikiatri seperti simptom kemurungan, gangguan keresahan, faktor keluarga dan kehilangan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kesihatan mental, remaja, tingkah laku, mencederakan diri sendiri, guru bimbingan dan kaunseling, Mental health, adolescents, self-harm behaviour, guidance and counselling teacher
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 04 Jan 2023 05:03
Last Modified: 08 Feb 2023 01:30
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29060

Actions (login required)

View Item View Item