mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kepentingan Sokongan Mempengaruhi Implimentasi Integrasi Teknologi Digital di Sekolah: Tinjauan Sistematik Literatur

Nasir, Asmawi and Zaini, Syaza Hazwani and Jamaluddin, Amiruddin (2024) Kepentingan Sokongan Mempengaruhi Implimentasi Integrasi Teknologi Digital di Sekolah: Tinjauan Sistematik Literatur. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 27. pp. 131-160. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 27 2024 131-160.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (2MB) | Preview

Abstract

Implementasi integrasi teknologi digital dalam kalangan guru sekolah aliran perdana di negara Malaysia memerlukan usaha untuk dikaji secara sistematik berkenaan dengan topik berkaitan. Penglibatan murid dalam teknologi digital terutama melalui pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah memerlukan guru yang gigih dan positif menerima cabaran dalam perubahan pendidikan abad ke 21. Objektif kajian ini bertujuan menjalankan kajian literatur secara sistematik untuk (1) meninjau implementasi integrasi teknologi digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (2) Meneroka permasalahan yang dihadapi apabila melibatkan integrasi teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pengkaji akan (3) merungkai pendekatan yang sesuai berkaitan dengan tindakan sokongan yang diperlukan untuk integrasi teknologi digital dalam PdP melalui tema yang akan dibentangkan. Pengkaji juga melaksanakan langkah-langkah metodologi utama, iaitu dipandu oleh protokol tinjauan, merumuskan soalan penyelidikan, strategi carian sistematik berdasarkan pengenalan, pemeriksaan dan kelayakan beberapa pangkalan data yang ditubuhkan seperti Scopus dan Google Scholar. Langkah langkah tersebut diikuti oleh penilaian kualiti, data pengeluaran dan analisis. Sebanyak enam tema telah ditemui berdasarkan tema analisis, iaitu (1) implementasi teknologi dalam PdP, (2) wujud pelbagai faktor kekangan integrasi teknologi, (3) guru memerlukan sokongan, iaitu, (4) sikap guru mempengaruhi Implementasi integrasi teknologi digital melalui pedagogi, (5) penggunaan platform digital dan (6) strategi. Guru memerlukan sokongan tatkala mereka menghadapi situasi sukar terutama melibatkan teknologi digital. Sokongan ini penting kepada guru untuk bersama dengan murid bagi meneroka laman sesawang atau mengguna pakai aplikasi digital yang dapat membantu mereka dalam proses PdP. Tanpa infrastruktur yang mencukupi dan sokongan bagi mewujudkan idea atau bimbingan kaedah yang baharu, maka guru lebih gemar untuk melaksanakan PdP secara konvensional. Hal demikian perlu diperhalusi agar murid tidak ketinggalan menggunakan teknologi. Perubahan diperlu agar aktiviti pembelajaran beralih daripada menggunakan pen dan kertas

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepentingan sokongan, implementasi dan kekangan, penaksiran bilik darjah, integrasi teknologi digital, teknologi maklumat dan komunikasi, analisis tinjauan literatur sistematik
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mdm. Rozana Zakaria
Date Deposited: 19 Feb 2025 11:38
Last Modified: 19 Feb 2025 11:38
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32080

Actions (login required)

View Item View Item