Saad, Ram Al Jaffri and Md Hussain, Md Hairi and Bidin, Zainol and Md. Idris, Kamil (2008) Gelagat kepatuhan zakat perniagaan: Aplikasi teori tindakan beralasan. In: National Management Conference (NAMAC) 2008, 13-14 December 2008, Primula Beach Resort, Terengganu.
Preview |
PDF
Download (87kB) | Preview |
Abstract
Sambutan peniaga terhadap pembayaran zakat perniagaan kepada pejabat zakat adalah amat mendukacitakan. Beberapa laporan dan kajian melaporkan masih ramai peniaga tidak mempedulikan peraturan zakat negeri yang menghendaki zakat dibayar kepada Baitulmal atau amil yang dilantik. Situasi ini mencetuskan fenomena menarik mengenai gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Secara khusus, masih belum terdapat literatur yang boleh menjelaskan fenomena tersebut. Justeru, kajian ini cuba untuk menjelaskan persoalan mengenai aras kepatuhan zakat perniagaan yang rendah. Teori Tindakan Beralasan (Theory of Reasoned Action) diaplikasikan bagi melihat peranan angkubah sikap dan persepsi sosial terhadap gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Keputusan kajian ke atas 108 peniaga sekitar negeri Perlis mendapati bahawa niat merupakan penentu terdekat gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Angkubah niat pula dipengaruhi oleh sikap dan pengaruh sosial seperti suami/isteri dan keluarga. Model kajian yang berasaskan teori ini dapat menerangkan sebanyak 44% varian ke atas niat gelagat, manakala 16% ke atas gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Implikasi terhadap teori dan juga kepada pembuat dasar turut dibincangkan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Sikap, norma subjektif, niat, zakat perniagaan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting |
Divisions: | School of Technology Management & Logistics |
Depositing User: | Mr. Md Hairi Md Hussain |
Date Deposited: | 11 Mar 2014 01:04 |
Last Modified: | 26 Apr 2016 07:06 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/10437 |
Actions (login required)
View Item |