Yusof, Ab. Aziz and Mohd Hadza @ Othman, Mohd Baharudin (2002) Keberkesanan pelaksanaan penilaian prestasi: keperluan kepada keadilan. Jurnal Pembangunan Sosial, 4&5. pp. 79-96. ISSN 1394-6528
Preview |
PDF
Download (1MB) | Preview |
Abstract
Bagi kebanyakan organisasi sistem penilaian prestasi merupakan paradok utama terhadap keberkesanan penilaian sumber manusia. Dari satu aspek sistem penilaian akan menyediakan maklumat penting terhadap beberapa aktiviti kritikal dalam penilaian manusia seperti pengagihan ganjaran yang melibatkan gaji berasaskan merit, kenaikan pangkat, maklum balas terhadap keperluan latihan dan pembangunan. Manakala dari aspek yang lain pelbagai pihak mempersoalkan ketepatan kebolehpercayaan dan kesahihan sistem sehingga terpaksa berhadapan dengan pelbagai tentangan yang menjurus kepada kegagalan organisasi untuk menggunakan potensi pekerja secara maksimun untuk keberkesanan organisasi. Dakwaan-dakwaan di atas membangkitkan pertanyaan kenapa sistem penilaian prestasi yang berkesan terus kekal sebagai matlamat yang terlalu sukar untuk dicapai kerana dipengaruhi oleh bias, pengaplikasian piawai prestasi yang berbeza, tidak konsisten, tidak boleh dipercayai dan kesahihannya terus dipersoalkan. Justeru, artikel ini akan cuba mendedahkan betapa perlunya aspek-aspek keadilan diberi penekanan oleh organisasi bagi berhadapan dengan rantaian permasalahan hasil daripada pelaksanaannya sehingga banyak pihak berpendapat ia merupakan permasalahan yang tiada penyelesaian.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | job evaluation, personnel management |
Subjects: | H Social Sciences > |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Juwita Johari |
Date Deposited: | 04 Jul 2010 04:15 |
Last Modified: | 21 Dec 2016 02:48 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/110 |
Actions (login required)
View Item |