Ungki, Japar (2014) Hubungan Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan sewaktu era pemerintahan Parti Berjaya (1976-1985). In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (543kB) |
Abstract
Hubungan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan yang terjalin sekian lama telah memberikan kesan baik terhadap pembangunan ekonomi, sosial dan kestabilan politik.Penulisan ini akan melihat kesan hubungan kerajaan negeri dan persekutuan sewaktu era Parti Berjaya. Penulisan ini turut menyentuh secara ringkas sejarah hubungan kerajaan negeri dan persekutuan pasca Sabah bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia sehingga 1976 (sebelum era Parti Berjaya) dan semasa era PBS (1985 - 1990).Pemerintahan Parti Berjaya di Sabah dilihat dari dua fasa yang berikut iaitu Fasa Pertama (1976 - 1981) dan Fasa Kedua (1981 -1985).Kesan hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat telah membolehkan tahap pembangunan negeri Sabah menjadi sangat baik, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan memperlihatkan keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar.Penulisan ini turut menyentuh kemerosotan sokongan rakyat terhadap pemerintahan Parti Berjaya, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa Parti Berjaya telah memberikan nikmat pembangunan, kemudahan sosial serta telah mengwujudkan suasana politik yang stabil. Hubungan akrab kerajaan negeri dan persekutuan memberikan kesan jangka panjang terhadap pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial serta kestabilan politik dan kesannya dapat dilihat pada hari ini.Hubungan baik kerajaan negeri dan persekutuan membolehkan rakyat Sabah mendapat banyak manfaat dari aspek pembangunan dan penyaluran dana persekutuan secara berterusan sewaktu era pemerintahan Parti Berjaya. Hubungan baik kerajaan negeri dan persekutuan membolehkan Parti Berjaya dapat diterima oleh rakyat pelbagai kaum di Sabah iaitu bumiputera Islam,bumiputera bukan Islam dan Cina sepanjang sembilan tahun pemerintahannya.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia). |
Uncontrolled Keywords: | Hubungan, Pembangunan, Politik BERJAYA, Sabah. |
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | School of International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 21 Jun 2015 07:20 |
Last Modified: | 06 Dec 2016 07:39 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14536 |
Actions (login required)
View Item |