Mohamed, Mahmood Nazar and Ishak, Ismail and Ishak, Noor Azniza and Kasa, Muhamad Dzahir (2005) Program pemulihan luar institusi untuk penagih dadah. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9833282407
Full text not available from this repository.Abstract
Kajian ini meneliti program pemulihan dadah yang dijalankan diluar institusi rawatan dan pemulihan dadah di Malaysia bagi memberi jawapan kepada kekuatan, kekangan serta cabaran yang dihadapi dalam menguruskan lebih daripada 35 ribu orang penagih dadah yang ditempatkan dalam program pengawasan atau program jagaan lanjutan. Kajian ini melibatkan penagih dadah dalam proses kepulihan serta pegawai-pegawai pemulihan di Agensi Dadah Kebangsaan (ADK). Data-data penting mengenai tahap penerimaan,persepsi serta kepuasan penagih dadah dalam kepulihan terhadap program turut dimuatkan dalam monograf ini. Kajian ini juga turut menemui beberapa batasan serta cabaran yang dihadapi oleh organisasi ADK dalam menguruskan program pemulihan dadah diluar institusi. Faktor yang paling ketara ialah batasan sumber manusia dari segi kapasiti, keupayaan dan kemahiran di samping beban kerja yang tinggi serta tidak realistik. Monograf ini dapat menjadi rujukan dan panduan oleh ADK, pegawai-pegawai pemulihan serta pelajar institusi pengajian tinggi yang mengkaji tentang permasalahan dadah dan penagihan dadah di Malaysia.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed |
Date Deposited: | 04 Nov 2010 02:26 |
Last Modified: | 04 Nov 2010 02:27 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1454 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |