Zainal Abidin, Nor Azizah and Zahrin, Zuriana and Brahim, Malike (2008) Konsep dan pelaksanaan sistem penyampaian awam: Pencapaian dan cabaran di Malaysia. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Polisi Awam Malaysia Ke - 6, Pembangunan Sosial Ke Arah Komuniti Lestari, 16 - 17 Ogos 2008 . (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (42MB) |
Abstract
Sistem penyampaian awam merupakan elemen penting dalam menjayakan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Kredibiliti sesebuah kerajaan lazimnya diukur berdasarkan kecekapan sistem penyampaian yang digunakan. Walau bagaimanapun, sistem penyampaian merupakan mekanisme dasar yang sangat abstrak sifatnya dan bergantung kepada faktor-faktor lain untuk menjadikannya berfungsi dengan sempuma. Di Malaysia, transfomasi sistem penyampaian telah berlaku pada tahun 1970-an apabila kerajaan mengubah polisi kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB). Keputusan tersebut menjadikan sistem penyampaian awam berubah kepada bentuk yang lebih kompleks berbanding dengan sebelumnya. Selepas itu, sistem penyampaian awam mengalami beberapa perubahan sejajar dengan keperluan semasa. Sehingga hari ini, kerajaan masih berusaha meningkatkan kualiti sistem penyampaian agar rakyat dapat menikmati pembangunan dan kemajuan yang berterusan. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang konsep sistem penyampaian awam dan perkembangannya. Seterusnya, ia akan membincangkan tentang perkembangan dan pencapaian sistern penyampaian di Malaysia serta cabaran pada masa hadapan agar ruang kepada kegagalan sistem penyampaian dapat diminimakan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Anjuran Jabatan Ekologi Sosial, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu |
Subjects: | J Political Science > JQ Political institutions Asia |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 10 Feb 2011 04:49 |
Last Modified: | 10 Feb 2011 04:49 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2104 |
Actions (login required)
View Item |