Mustaffa, Che Su (2004) Peranan budaya organisasi selaku pemboleh ubah pengubah dalam hubungan antara komunikasi organisasi dan kepuasan kerja. The Malaysian Journal of Language and Communication, 1 (1). pp. 21-52. ISSN 1675-9850
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (482kB) |
Abstract
Komunikasi dan kepuasan kerja memainkan peranan penting dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi.Lanraran, kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara kepuasan terhadap aspek-aspek komunikasi yang terdapat di dalam sesebuah organisasi dengan kepuasan kerja. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji peranan budaya organisasi selaku pemboleh ubah pengubah dalam konteks hubungan berkenaan. Sejumlah 338 orang responden terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif ini.Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi organisasi dan kepuasan kerja. Keseluruhan aspek komunikasi organisasi iaitu kesepaduan organisasi, komunikasi subordinat, komunikasi horizontal/informal,kualiti maklumat/media, komunikasi pihak atasan, maklum balas peribadi,perspektif korporat, iklim komunikasi dun komunikasi penyelian mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja. Hasil kajian menunjukkan dimensi Budaya Jarak Kekuasaan, dimensi Budaya Pengelakan Ketidakpastian, dimensi Budaya Maskuliniti/Femininiti, dimensi Budaya lndividualisme/Kolektivisme dan dimensi Budaya Orientasi Jangka Pendek/Jangka Panjang tidak berperanan selaku pemboleh ubah pengubah dalam konteks hubungan antara kepuasan komunikasi dan kepuasan kerja. Namun begitu, hasil kajian menunjukkan wujud hubungan langsung antara dimensi Budaya Pengelakan Ketidakpastian dan dimensi Budaya Individualisme dengan kepuasan kerja.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Prof. Dr. Che Su Mustaffa |
Date Deposited: | 21 Feb 2011 06:00 |
Last Modified: | 21 Feb 2011 06:00 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2314 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |