Mohd Jali, Mohd Razani and Sakdan, Mohd Fo'ad and Ahmad, Siti Aznor (2010) Kajian impak banjir ke atas komuniti: Kajian kes di negeri Kedah. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Pekan Baru, Riau, pp. 1-11. ISBN 9789832078425
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Banjir merupakan fenomena tahunan yang memberi kesan besar ke atas penduduk terutama di kawasan-kawasan rendah dan berhampiran dengan sungai. Kajian ini dilakukan di negeri Kedah bagi mengkaji impak kejadian banjir ke atas penduduk/komuniti. Kajian dijalankan melalui soal selidik merangkumi semua daerah di negeri Kedah. Kajian mendapat beberapa daerah di negeri ini sering dilanda banjir iaitu mengalami banjir pada setiap tahun. Ramai mangsa banjir yang terpaksa berpindah dari rumah ke pusat-pusat pemindahan atau ke rumah saudara-mara kerana air banjir samada dari hujan atau air sungai yang melimpah memasuki rumah mereka. Hasil kajian mendapati kerosakan besar berlaku ke atas harta benda mangsa banjir melibatkan struktur rumah, peralatan rumah dan hasil pertanian di samping meninggalkan kesan psikologi kepada penduduk. Mangsa banjir terpaksa membelanjakan wang yang banyak setiap kali berlaku banjir kerana pemberian wang ehsan serta bantuan-bantuan lain adalah sedikit dan hanya cukup untuk menampung perbelanjaan untuk beberapa hari sahaja, iaitu untuk tempoh berlakunya banjir. Berdasarkan soal selidik ke atas mangsa banjir semasa banjir terburuk, dianggarkan kos kerosakan yang dialami oleh mangsa banjir di negeri ini adalah melebihi RM50 juta. Ramai mangsa terutama di daerah Kota Setar yang mengalami banjir lebih dari sekali pada setiap tahun.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Dr. Mohd Razani Mohd Jali |
Date Deposited: | 03 May 2011 08:14 |
Last Modified: | 03 May 2017 01:01 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2717 |
Actions (login required)
View Item |