mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Reaksi Masyarakat Terhadap Kenegaraan Malaysia: Penelitian di Daerah Kubang Pasu, Kedah

Haniffa, Mohamed Ali and Mohamad, Ayu Nor Azilah and Rambely, Nor Azlah Sham (2021) Reaksi Masyarakat Terhadap Kenegaraan Malaysia: Penelitian di Daerah Kubang Pasu, Kedah. In: 3rd International Scholars Conference, 29 - 31 Mac 2021, ISCUUM, Sintok (atas talian). (Unpublished)

[thumbnail of 3rdISC2021_01_09.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Manifestasi cintakan negara seringkali dipamerkan melalui keterlibatan dan sumbangan warga masyarakat secara langsung atau sebaliknya dalam negara. Hubungan baik dan patriotism merupakan elemen penting dalam agenda pembangunan negara. Artikel ini membincangkan reaksi masyarakat di Daerah Kubang Pasu terhadap lambang Kenegaraan Malaysia. Penelitian akan dilakukan terhadap lima lambang tersebut meliputi Jata Negara, Lagu Negaraku, Bendera Kebangsaan, Bunga Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Kajian ini menggunakan mix method iaitu gabungan aspek kualitatif dan kuantitatif. Elemen kuantitatif menggunakan survei terhadap 500 orang responden dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa di Daerah Kubang Pasu. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan pembolehubah ialah dengan nilai min 4.17 (sisihan piawai=0.315). Manakala penghayatan masyarakat terhadap lambing Kenegaraan Malaysia ialah sebanyak 83.4 peratus. Ini menunjukkan bahawa reaksi masyarakat terhadap penghayatan lambang kenegaraan di Daerah Kubang Pasu, Kedah berada pada tahap tinggi. Kajian ini merupakan tapak awal bagi menggambarkan reaksi masyarakat di Daerah Kubang Pasu terhadap lambang kenegaraan. Survei yang digunakan boleh dijadikan alat bagi mengukur tahap penghayatan masyarakat terhadap lambang Kenegaraan dalam skala yang lebih besar. Dapatan ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu kayu ukur tahap patriotisme masyarakat Malaysia terhadap negara Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran : Executive Education Professional Development (EEPD),CAS UUM
Uncontrolled Keywords: Reaksi; lambang Kenegaraan Malaysia; Kubang Pasu; patriotisme; identiti Malaysia
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 23 Jan 2022 09:21
Last Modified: 23 Jan 2022 09:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28509

Actions (login required)

View Item View Item