Haniffa, Mohamed Ali and Mohamad, Ayu Nor Azilah (2021) "Tangan Yang Menghayun Buaian, Mampu Mengoncang Dunia": Peranan Wanita Dalam Konflik Melayu - Cina Selepas Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu : Satu Penelitian Awal. International Conference On Social Sciences And Humanities 2021, 1 (1). pp. 570-583. ISSN 9789672908753
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (7MB) | Request a copy |
Abstract
Artikel ini mengemukakan mengenal peranan wanita sebagai srikandi yang mempertahankan kelangsungan hidup keluarga berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kezaliman tentera Jepun dan komunis menimbulkan prasangka serta menjejaskan keharmonian hubungan di antara orang Melayu dan Cina. Hal yang demikian diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan kaum selepas pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu. Wanita Melayu yang sinonim dengan kesantunan turut berperanan sebagai tonggak utama berikutan pencabulan ke alas institusi keluarga oleh tentera Jepun dan komunis. Penelitian awal artikel ini ialah mengenai kemunculan Kumpulan Parang Panjang Wanita di Sungai Manik, Perak. Turut dilihat peranan signifikan wanita Melayu di Kampung Bekor, Kuala Kangsar, Perak dan Mukim VII serta Mukim IV, Batu Pahat, Johor. Survival wanita memberikan inspirasi kepada masyarakat Melayu di seluruh tanah air bagi mempertahankan nyawa, bangsa dan agama. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kepustakaan, melibatkan dokumen, fail arkib dan kaedah lisan. Hasil kajian mendapati bahawa survival wanita Melayu di peringkat tempatan selepas Perang Dunia kedua mencetuskan nasionalisme dan lebih bersifat untuk membebaskan tanah air
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | Anjuran : Faculty of Human Sciences, Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Uncontrolled Keywords: | Srikandi, Jepun, komunis, Kumpulan Parang Panjang Wanita, nasionalisme |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | School of Language, Civilisation and Philosophy |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 23 Jan 2022 09:23 |
Last Modified: | 23 Jan 2022 09:23 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28512 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |