mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengalaman pengurusan pentadbiran masjid-masjid terbaik di Selangor

Abdul Hamid, Solahuddin and Abdul Rahman, Mohd Nizho and Ishak, Mohd Sobhi and Ismail, Solahuddin (2021) Pengalaman pengurusan pentadbiran masjid-masjid terbaik di Selangor. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6 (42). pp. 68-78. ISSN eISSN: 0128-1755

[thumbnail of JISED 2021 06 42 68-78.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (241kB) | Request a copy
Official URL: http://www.jised.com/

Abstract

Fungsi masjid tidak terhad sebagai tempat ibadat solat sahaja, malahan turut merangkumi sebagai tempat seperti pusat pembangunan masyarakat, pendidikan, pentadbiran, penyatuan ummah, siasah, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pemerkasaan masjid sebagai institusi Islam juga perlu kepada transformasi pengurusan pembangunan yang diurus dengan cekap dan efisien serta selari dengan keperluan semasa dan syariah. Kajian ini memfokuskan kepada tiga elemen utama pengurusan masjid iaitu kepimpinan; proses pengurusan; dan hasil yang memberi kesan kepada kecemerlangan masjid dan pembangunan komuniti setempat. Responden kajian terdiri daripada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor serta pegawai masjid-masjid terbaik yang terpilih untuk mendapatkan pengalaman berkaitan ketiga-tiga elemen berkenaan. Data-data yang diperolehi melalui temu bual ini disaring dan disusun bagi mengenalpasti pengurusan pembangunan masjid yang terbaik dan berkesan. Adalah menjadi harapan, hasil kajian ini menjadi panduan kepada jawatankuasa masjid seluruh negara serta agensi-agensi yang berkaitan untuk mentransformasikan masjid sebagai institusi Islam yang berperanan sebagai tempat ibadat dan pusat integrasi sosial masyarakat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Transformasi Pengurusan Masjid, Institusi Islam, Masjid Terbaik
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 13 Mar 2022 15:13
Last Modified: 13 Mar 2022 15:13
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28573

Actions (login required)

View Item View Item