Hussin, Zahriah and Mustapha, Nik Farhan and Toklubok@Hajimaming, Pabiyah and Alias, Majdan and Ismail, Muhd Zulkifli (2021) Kepentingan Skemata Arab terhadap kefahaman Al-Quran dan pencapaian hafazan. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 18 (1). pp. 265-287. ISSN 1675-8110
![]() |
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan: Walaupun pendidikan tahfiz berkembang pesat mutakhir ini, pencapaian hafazan al-Quran di institusi tahfiz didapati masih kurang memberangsangkan. Salah satu faktor kelemahan pencapaian hafazan dipercayai berpunca daripada kelemahan memahami makna ayat al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz. Walaupun banyak kajian telah dijalankan, namun terdapat jurang pengetahuan tentang faktor di sebalik masalah kefahaman al-Quran. Sementara itu, beberapa sarjana Islam didapati menekankan pengajaran bahasa Arab dalam sistem pendidikan tahfiz. Justeru, kajian ini meneroka kepentingan skemata bahasa Arab dalam meramal pencapaian hafazan melalui kefahaman al-Quran. Metodologi : Dengan mengambil pendekatan kuantitatif, kajian ini menyelidiki pengaruh skemata bahasa Arab terhadap pencapaian hafazan dalam kalangan pelajar tahfiz yang mempunyai latar belakang pengajian bahasa Arab. Faktor pengantara, iaitu kefahaman al-Quran turut diteliti. Kajian dijalankan terhadap 246 sampel dari empat buah institusi tahfiz di Malaysia yang mensyaratkan pelajar mempunyai skemata bahasa Arab pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Pengumpulan data dilakukan melalui teknik ujian bagi mengukur tahap skemata bahasa Arab yang terdiri daripada nahu, saraf dan kosa kata, tahap kefahaman al-Quran dan juga pencapaian hafazan. Dapatan : Hasil analisis menggunakan Partial Least Square Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dan prosedur Bootstrapping menunjukkan bahawa skemata bahasa Arab mempunyai kesan langsung dan kesan tidak langsung terhadap pencapaian hafazan melalui kefahaman al-Quran. Signifikan- Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa skemata bahasa Arab dan kefahaman al-Quran menjadi faktor peramal yang relevan terhadap pencapaian hafazan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | skemata Arab, kefahaman al-Quran, pencapaian hafazan, nahu, kosa kata |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | School of Education & Modern Languages |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 06 Oct 2022 00:45 |
Last Modified: | 06 Oct 2022 00:45 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28915 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |