mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Konsep niat menurut Imam Ghazali daripada perspektif gelagat kepenggunaan

Abdullah, Azmawida and Mohd Noor, Mohd Murshidi and Md Yusof, Syarifah (2021) Konsep niat menurut Imam Ghazali daripada perspektif gelagat kepenggunaan. International Journal of Islamic Business (IJIB), 6 (2). pp. 15-24. ISSN 0127- 662X

[thumbnail of IJIB 06 02 2021 15-24.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (346kB) | Preview

Abstract

Islam mementingkan niat dalam setiap tindakan kerana sesuatu perbuatan adat boleh berubah menjadi ibadat. Jika ditelusuri niat dalam teori Barat, mereka tidak menitikberatkan soal pahala dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dalam kepenggunaan, walaupun niat turut dititiberatkan oleh para sarjana Barat selain Islam, namun yang membezakan kedua-duanya adalah perkara ukhurawi yang disentuh oleh Islam. Niat penting kerana ia mampu mendorong seseorang bertindak dengan berhikmah dan membawa manfaat untuk hari akhirat. Antara ulama yang banyak membincangkan tentang niat dalam aktiviti seharian adalah Imam al- hazali. Kebanyakan kajian lepas yang berkaitan niat pengguna adalah berteraskan teori yang diperkenalkan oleh Barat tanpa merujuk perbincangan teori Islam mengenainya. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti konsep niat dalam kepenggunaan menurut pandangan Imam al-Ghazali yang merupakan seorang sarjana ulung dunia Islam. Metode kajian adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini mendapati niat akan menentukan pahala seseorang dalam aktiviti kepenggunaan yang dilakukannya. Oleh itu, pengguna perlu menetapkan niat yang betul dalam aktiviti kepenggunaan agar perbuatan yang dilakukan bernilai di sisi Allah SWT.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Niat,Kepenggunaan, Imam al-Ghazali
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 01 Nov 2022 02:33
Last Modified: 17 May 2023 14:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28951

Actions (login required)

View Item View Item