Hashim, Norashidah and Othman, Azizah and Mohamad, Armanurah and Md. Hussin, Muhammad Nasri (2020) Tahap prestasi dan faktor mempengaruhi perniagaan usahawan asnaf dalam program bantuan jayadiri: Satu analisis deskriptif. International Journal of Islamic Business (IJIB), 5 (1). pp. 46-58. ISSN 0127- 662X
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (313kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini meninjau kehidupan usahawan asnaf di negeri Kedah yang menerima bantuan zakat dalam program Bantuan Jayadiri. Kertas ini membincangkan secara deskriptif tentang latar belakang peribadi, latar belakang perniagaan dan juga tahap prestasi perniagaan, bantuan zakat, simpanan, motivasi, jaringan dan latihan usahawan asnaf. Data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual ke atas 49 orang usahawan asnaf menggunakan persampalen bertujuan di negeri Kedah. Kebanyakan mereka adalah wanita berbangsa Melayu, berkahwin dan berpendidikan di peringkat sekolah menengah, terlibat dalam perniagaan berasaskan makanan yang sedang berkembang. Dengan menggunakan analisis deskriptif, kajian ini mendapati prestasi perniagaan, bantuan zakat, motivasi, jaringan berada pada tahap min yang tinggi. Manakala simpanan dan latihan di tahap min sederhana. Dapatan ini menunjukkan usahawan asnaf memerlukan lagi bantuan zakat dan program latihan bagi membantu mereka untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan simpanan kewangan seterusnya keluar dari kemelut kemiskinan serta menjadi pembayar zakat pada masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Jaringan, latihan, motivasi, prestasi perniagaan, simpanan |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | Islamic Business School |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 21 Nov 2022 07:33 |
Last Modified: | 21 Nov 2022 07:33 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28970 |
Actions (login required)
View Item |