mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi pakar terhadap kecelaruan disforik prahaid

Jelani, Siti Hajar and Zubir @Salim, Azlizamani (2021) Persepsi pakar terhadap kecelaruan disforik prahaid. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 24. pp. 75-107. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 21 2021 75-107.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pakar yang terdiri daripada pakar psikiatri dan pakar sakit puan berkenaan kecelaruan disforik prahaid (PMDD). Kajian ini merangkumi persepsi masyarakat dan tahap pengetahuan dari sudut pandangan pakar, faktor-faktor PMDD dan simptom-simptom yang dipercayai adalah simptom PMDD. Kajian lepas mengandungi kajian-kajian baru diterbitkan memfokuskan kepada sindrom prahaid (PMS) dan PMDD. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan memberikan penekanan kepada kaedah temu bual. Seramai empat orang pakar dipilih sebagai responden kajian iaitu dua orang pakar psikiatri dan dua orang pakar sakit puan. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui temu bual bersemuka dan melalui telefon dengan menggunakan soalan semi-struktur dan terarah. Data yang diperolehi telah diproses melalui analisis data tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi tidak mengetahui apa itu PMDD dan terdapat kepelbagaian faktor membawa kewujudan seperti ketidakstabilan hormon wanita, genetik, persekitaran dan gaya hidup. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa simptom-simptom PMDD seringkali melibatkan simptom fizikal dan simptom psikologikal. Kajian ini akan dapat membantu masyarakat mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan terperinci mengenali PMDD.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sindrom Prahaid, Kecelaruan Disforik Prahaid, Kualitatif, Analisis Data Tematik, Semi Struktur, Terarah
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 04 Jan 2023 05:07
Last Modified: 04 Jan 2023 05:07
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29064

Actions (login required)

View Item View Item