Kasim, Khairul Naziya and Md Auzair, Sofiah and Mohd Amir, Amizawati and Abdullah, Nor Liza (2021) Kesan Integrasi Kelakuan Kumpulan Pengurusan Atasan ke atas Ketangkasan Organisasi di Malaysia: Kapasiti Penyerapan sebagai Pemboleh Ubah Pengantara. International Journal of Management Studies (IJMS), 28 (1). pp. 141-186. ISSN 2180-2467
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (982kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan langsung dan tak langsung yang dimiliki oleh integrasi kelakuan kumpulan pengurusan atasan (KPA) ke atas dua keupayaan dinamik firma iaitu keupayaan pembelajaran dengan keupayaan konfigurasi semula, yang kedua-duanya diterjemahkan melalui pemboleh ubah kapasiti penyerapan dan ketangkasan organisasi. Analisis Partial Least Square ke atas maklum balas soal selidik daripada 159 buah firma perkilangan bersaiz besar dan sederhana di Malaysia menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara integrasi kelakuan KPA dan kedua-dua kapasiti penyerapan serta ketangkasan organisasi. Hasil analisis juga menyokong hipotesis bagi hubungan tak langsung antara integrasi kelakuan KPA dan ketangkasan organisasi dengan kapasiti penyerapan sebagai faktor pengantara. Penemuan kajian ini menggesa KPA agar menonjolkan sikap yang mementingkan tingkah laku berkolaboratif, pertukaran maklumat yang berkualiti dan pembuatan keputusan secara bersama kerana ketiga-tiga aspek ini didapati secara kolektif memberi kesan yang positif kepada keupayaan dinamik firma. Dapatan kajian ini turut memberi isyarat kepada pengurusan atasan kepentingan untuk memastikan ketiga-tiga ciri ini dimiliki oleh calon yang bakal dipilih sebagai ahli KPA. Hasil kajian ini juga mampu menjadi titik rujuk kepada kajian lanjut yang dijalankan secara kualitatif yang dijangka dapat menyediakan gambaran lebih jelas mengenai peranan KPA dalam pembangunan keupayaan dinamik firma di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Integrasi Kelakuan Kumpulan Pengurusan Atasan; Kapasiti Penyerapan; Ketangkasan Organisasi |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | College of Business |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 12 Mar 2023 10:34 |
Last Modified: | 12 Mar 2023 10:34 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29275 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |