mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pelanggaran dan pencabulan kontrak psikologi serta kesannya terhadap tingkah laku devian di tempat kerja

Arshad, Rasidah and Nurmaya, Ema (2020) Pelanggaran dan pencabulan kontrak psikologi serta kesannya terhadap tingkah laku devian di tempat kerja. International Journal of Management Studies (IJMS), 27 (1). pp. 73-91. ISSN 2180-2467

[thumbnail of IJMS 27 01 2020 73-91.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (582kB) | Preview

Abstract

Tingkah laku devian di tempat kerja didapati memberi kesan negatif bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada organisasi secara keseluruhan. Dapatan kajian lepas menunjukkan anteseden atau punca yang mempengaruhi tingkah laku devian di tempat kerja terdiri daripada faktor individu iaitu faktor diri pekerja, dan faktor situasi yang berkaitan dengan organisasi. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara pelanggaran dengan pencabulan kontrak psikologi (sebagai faktor peramal) dengan tingkah laku devian di tempat kerja. Secara khususnya, kajian ini menghipotesiskan wujudnya hubungan langsung antara pelanggaran kontrak psikologi dengan tingkah laku devian serta hubungan tidak langsung menerusi pencabulan kontrak psikologi. Kesahan model pengukuran dan hipotesis diuji menggunakan teknik statistik Model Persamaan Berstruktur (SEM) dengan menggunakan data yang dikumpulkan daripada 477 orang jururawat di Indonesia. Selaras dengan kerangka kerja Morrison dan Robinson (1997), dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan tidak langsung yang signifikan antara pelanggaran kontrak psikologi dengan tingkah laku devian menerusi pencabulan kontrak psikologi sebagai pemboleh ubah pengantara. Secara teorinya, kajian ini dapat menyumbang kepada literatur menerusi penggunaan teori kontrak psikologi dalam menerangkan tingkah laku devian di tempat kerja.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kontrak psikologi, pelanggaran, pencabulan, tingkah laku devian, teori pertukaran sosial
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 16 Mar 2023 07:50
Last Modified: 16 Mar 2023 07:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29285

Actions (login required)

View Item View Item