mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengaruh nilai kerja terhadap tingkah laku kerja inovatif dan kesejahteraan psikologi: Modal psikologi sebagai pengantara

Abdullah, Nur Atiqah and Abu Hassan, Norhafizah and Juhdi, Noor Hasni and Mat, Norazila (2020) Pengaruh nilai kerja terhadap tingkah laku kerja inovatif dan kesejahteraan psikologi: Modal psikologi sebagai pengantara. International Journal of Management Studies (IJMS), 27 (1). pp. 123-150. ISSN 2180-2467

[thumbnail of IJMS 27 01 2020 123-150.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (612kB) | Preview

Abstract

Tujuan makalah ini adalah untuk menguji pengaruh nilai kerja ke atas tingkah laku kerja inovatif dan kesejahteraan psikologi pekerja. Kajian ini juga menguji peranan modal psikologi sebagai pengantara dalam perhubungan ini. Data kajian (n=227) dikumpulkan daripada pegawai pengurusan dalam sektor awam di Putrajaya, Malaysia. Analisis Pengesahan Faktor (Confirmatory Factor Analysis, CFA) digunakan untuk menguji kesahan konvergen model pengukuran konstruk. Analisis pemodelan persamaan struktur digunakan untuk menganggarkan kesepadanan model hipotesis dengan data kajian. Keputusan kajian menunjukkan nilai kerja mempengaruhi kedua-dua modal psikologi dan kesejahteraan psikologi secara langsung. Hasil kajian juga menunjukkan nilai kerja mempengaruhi tingkah laku kerja inovatif secara tidak langsung melalui modal psikologi sebagai pengantara. Dapatan kajian ini menyarankan dengan memupuk dan memperbaiki nilai kerja dapat memberi kesan yang positif terhadap modal psikologi pekerja dan seterusnya dapat meningkatkan tingkah laku kerja inovatif dan kesejahteraan psikologi di tempat kerja.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Nilai kerja, modal psikologi, tingkah laku inovatif, kesejahteraan psikologi, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 16 Mar 2023 07:51
Last Modified: 16 Mar 2023 07:51
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29287

Actions (login required)

View Item View Item