mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Motivasi pembelajaran sebagai pemboleh ubah pengantara dalam perhubungan antara bimbingan penyelia dengan motivasi kerja

Mohamad, Nur Izzaty and Ismail, Azman and Mohd Shariff, Mohd Nor (2019) Motivasi pembelajaran sebagai pemboleh ubah pengantara dalam perhubungan antara bimbingan penyelia dengan motivasi kerja. International Journal of Management Studies (IJMS), 26 (2). pp. 99-124. ISSN 2180-2467

[thumbnail of IJMS 26 02 2019 99-124.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai perhubungan antara bimbingan penyelia, motivasi pembelajaran dan motivasi kerja. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada pekerja di Agensi-agensi Pusat Kerajaan Persekutuan Malaysia, Putrajaya. Perisian SmartPLS telah digunakan untuk menilai kualiti data borang soal selidik dan menguji hipotesis-hipotesis kajian. Keputusan analisis model laluan SmartPLS menunjukkan bahawa kesan bimbingan penyelia terhadap motivasi kerja dipengaruhi secara tidak langsung oleh motivasi pembelajaran. Dapatan kajian ini menerangkan bahawa keupayaan penyelia mengamalkan bimbingan secara teratur dalam melaksanakan operasi kerja harian dapat membangkitkan motivasi pembelajaran dalam diri pekerja. Natijahnya, motivasi ini boleh pula mendorong mereka meningkatkan motivasi kerja. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan oleh pengamal untuk memahami kerumitan konsep motivasi pembelajaran dan merangka pelan tindakan strategi untuk meningkatkan kemahiran kejurulatihan kepimpinan bagi mencapai dan mengekalkan matlamat dan strategi organisasi dalam era globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Bimbingan penyelia, motivasi pembelajaran, motivasi kerja, SmartPLS
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 19 Mar 2023 10:12
Last Modified: 19 Mar 2023 10:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29292

Actions (login required)

View Item View Item