mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persetujuan Pengguna terhadap Integrasi Industri Halal dan Kewangan Islam: Apakah Faktor Penentunya?

Mohd Noor, Mohd Ali and Asmani, Mohd Hafiz and Wahid, Hairunnizam (2019) Persetujuan Pengguna terhadap Integrasi Industri Halal dan Kewangan Islam: Apakah Faktor Penentunya? International Journal of Management Studies (IJMS), 26 (2). pp. 125-155. ISSN 2180-2467

[thumbnail of IJMS 26 02 2019 125-155.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

Perkembangan industri halal dan kewangan Islam yang memberangsangkan menunjukkan kefahaman positif masyarakat Islam global mengenai kepentingan kedua-dua industri ini. Namun, terdapat sorotan literatur yang menunjukkan integrasi kedua-dua industri ini masih lagi rendah pada peringkat operasi. Di Malaysia, contohnya, proses saringan pensijilan halal JAKIM belum lagi dapat memastikan instrumen kewangan Islam dipatuhi dalam pembiayaan modal kerja dan transaksi kewangan industri halal. Keadaan ini sedikit sebanyak mencemarkan kewibawaan ekosistem halal Malaysia kerana belum dapat memastikan konsep halal dilaksanakan sepenuhnya dari ladang hinggalah ke dalam pinggan. Justeru, kajian ini berobjektifkan meneliti persetujuan pengguna terhadap langkah pemerkasaan saringan pensijilan halal Malaysia dengan mewajibkan integrasi kewangan Islam dalam piawaian halal negara. Dengan menggunakan kaedah soal selidik kepada responden di sekitar Lembah Klang, kajian ini menganalisis data kutipan menggunakan regresi binomial logistik. Hasil kajian menunjukkan majoriti pengguna bersetuju supaya integrasi industri halal dan kewangan Islam dilaksanakan bagi menambah baik standard dan prosedur pematuhan halal JAKIM. Beberapa faktor telah dikenal pasti signifikan terhadap persetujuan ini seperti faktor pendidikan agama, kesedaran halal, literasi halal dan literasi kewangan Islam. Keadaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi integriti pensijilan halal negara supaya ia lebih komprehensif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Ekosistem halal, faktor penentu, industri halal, kewangan Islam
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 19 Mar 2023 10:12
Last Modified: 19 Mar 2023 10:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29293

Actions (login required)

View Item View Item