mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Ekspresi Positif Muzik Video Dangdut Goyang Upin & Ipin: Analisis Aspek Muzikal

Abd Aziz, Mohammad Haris and Isam, Hishamudin and Alimi, Khairul Faiz (2022) Ekspresi Positif Muzik Video Dangdut Goyang Upin & Ipin: Analisis Aspek Muzikal. Journal of Creative Industry & Sustainable Culture (JCISC), 1. pp. 225-247. ISSN 2976-2480

[thumbnail of JCISC 01 2022 225-247.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (2MB) | Preview

Abstract

Muzik dangdut adalah merupakan salah satu irama yang semakin diminati dan mendapat sambutan hangat dalam dunia hiburan tempatan. Muzik dangdut juga dilihat popular dan disenangi pelbagai golongan masyarakat termasuk kanak-kanak yang mendengarnya. Ketika ini fenomena muzik dangdut semakin diminati dan dapat dilihat dengan jumlah tontonan video yang tinggi terhadap eksistensi lagu-lagu dangdut di laman Youtube. Sebuah lagu berirama dangdut di Malaysia yang menarik perhatian untuk diselidiki adalah lagu berjudul ‘Goyang Upin & Ipin’ (2020). Video muzik animasi yang dimuat naik oleh Syarikat Les' Copaque Production tersebut telah mencatat lebih 1.4 juta tontonan hanya selama 24 jam dan 3.4 juta tontotan selepas 2 hari dimuat naik ke YouTube. Namun begitu, wujud stigma dan pelbagai kritikan ditimbulkan oleh masyarakat yang kurang senang dengan pemilihan irama muzik serta aksi-aksi yang dipaparkan dalam video muzik tersebut. Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa aksi ‘gelek’ kesan tindak balas latar muzik dangdut yang dimainkan boleh memberikan kesan negatif kepada minda kanak-kanak. Justeru itu, kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif dengan penjelasan bersifat naratif terhadap kandungan lagu dalam konteks muzikal bagi menganalisis aspek muzikal lagu dangdut ‘Goyang Upin & Ipin’ secara autentik. Hasil analisis menunjukkan kesan ekspresi muzik dangdut tersebut cenderung mewujudkan rasa gembira dan memberi kesan ekspresi positif terhadap psikologi pendengar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Ekspresi, Positif, Aspek Muzikal, Dangdut, Upin dan Ipin
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
Divisions: School of Creative Industry Management and Performing Arts
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 29 Mar 2023 09:38
Last Modified: 29 Mar 2023 09:38
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29324

Actions (login required)

View Item View Item