mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pemasaran Digital dan Pendekatan Kontemporari dalam melahirkan Usahawan Wanita Berjaya di Yayasan Sultanah Bahiyah

Abd Rani, Shamsul Huda and Hashim, Norashidah and Abu Bakar, Lily Julienti and Abdullah, Sahadah and Mustafa Kamil, Bidayatul Akmal and Md Isa, Normalisa (2022) Pemasaran Digital dan Pendekatan Kontemporari dalam melahirkan Usahawan Wanita Berjaya di Yayasan Sultanah Bahiyah. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Submitted)

[thumbnail of 14929.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini melibatkan kolaborasi antara penyelidik di Universiti Utara Malaysia, Bahagian Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Warga Emas di Yayasan Sultanah Bahiyah serta Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi motivasi keusahawanan, memberi pendedahan kepada ilmu keusahawanan kontemporari serta mendidik, membantu membimbing peserta ke arah menjadi usahawan wanita yang berjaya. Seramai 46 orang peserta terlibat dalam fasa pertama kajian manakala seramai 24 orang peserta terlibat dalam fasa kedua dan ketiga. Secara kuantitatif, kajian ini mempunyai objektif untuk mengkaji hubungan di antara pemasaran digital, pembungkusan kreatif serta penjenamaan produk dan kejayaan usahawan Wanita. Kajian ini dijalankan melalui tiga fasa iaitu motivasi keusahawanan, pendedahan kepada ilmu keusahawanan kontemporari dan juga fasa permentoran. Dapatan kajian juga menunjukkan pembolehubah seperti pemasaran digital, pembungkusan kreatif serta penjenamaan produk mempunyai hubungan yang signifikan dengan kejayaan usahawan wanita. Kesimpulannya usahawan wanita perlu sentiasa mempersiapkan diri dalam menjamin kelestarian serta kelangsungan perniagaan mereka. Mereka juga perlu mengadaptasi dengan perubahan yang berlaku samada dalam persekitaran dalaman mahupun luaran.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: so 14929
Uncontrolled Keywords: kejayaan usahawan wanita, pemasaran digital, pembungkusan kreatif, penjenamaan produk, motivasi keusahawanan
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 29 Mar 2023 09:12
Last Modified: 29 Mar 2023 09:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29336

Actions (login required)

View Item View Item