mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi Pereka Bentuk (Guru) Terhadap Kualiti Garis Panduan Pembangunan Media Pengajaran Berkonsepkan Penceritaan Digital Untuk Tablet Skrin Sentuh

Hussain, Hashiroh and Shiratuddin, Norshuhada (2017) Persepsi Pereka Bentuk (Guru) Terhadap Kualiti Garis Panduan Pembangunan Media Pengajaran Berkonsepkan Penceritaan Digital Untuk Tablet Skrin Sentuh. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 14 (2). pp. 271-292. ISSN 1675-8110

[thumbnail of MJLI 14 02 2017 271-292.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (4MB) | Preview

Abstract

Tujuan - Kajian ini dijalankan untuk mengukur kualiti garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkan penceritaan digital (MPBPD). Kualiti diukur dengan membandingkan perbezaan persepsi pereka bentuk (guru) yang berpengalaman dan tidak berpengalaman yang membangunkan bahan pengajaran multimedia. Metodologi - Proses pengumpulan data melibatkan dua fasa aktiviti utama iaitu mengukur kualiti garis panduan dan menilai perbezaan persepsi pereka bentuk mengikut pengalaman mereka membangunkan bahan mutimedia. Pengukuran kualiti garis panduan menggunakan instrumen Q-Qguide (dengan nilai Cronbach alpha iaitu 0.97) telah melibatkan 70 orang responden guru sekolah di Zon Utara, Malaysia. Satu sesi temu bual yang melibatkan tujuh orang responden telah dijalankan bagi memberi justifikasi yang kukuh terhadap dapatan. Ujian min dan ujian t digunakan untuk mengukur dimensi kualiti garis panduan. Dapatan - Dapatan kajian menunjukkan bahawa garis panduan tersebut dianggap berkualiti. Dimensi kualiti yang diukur adalah kebergunaan, mudah guna, mudah faham, ketertarapan dan interaksi tablet. Tambahan lagi, responden juga bersetuju bahawa kepentingan garis panduan ini adalah berguna sebagai rujukan pereka bentuka yang menghadapi masalah dalam peringkat proses pembangunan. Di samping itu, tidak terdapat perbezaan signifikan antara dua kumpulan responden yang berpengalaman dan tidak berpengalaman membangunkan bahan multimedia terhadap keseluruhan kualiti garis panduan. Hal ini menunjukkan kebolehlaksanaan garis panduan ini. Kepentingan - Pelaksanaan garis panduan MPBPD untuk tablet skrin sentuh adalah penting bagi memberi panduan kepada pereka bentuk (guru sekolah) untuk membangunkan aplikasi MPBPD untuk proses pengajaran berbantukan teknologi mudah alih.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Media pengajaran, Penceritaan Digital, Kualiti
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 22 May 2023 09:19
Last Modified: 22 May 2023 09:19
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29458

Actions (login required)

View Item View Item