mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Usahawan Wanita Muslim Berjaya: Amalan Gaya Hidup Islam

Md Yusof, Syarifah and Hamed, Abu Bakar and Md Tahir, Raziah and Othman, Azizah (2018) Usahawan Wanita Muslim Berjaya: Amalan Gaya Hidup Islam. International Journal of Islamic Business (IJIB), 3 (1). pp. 1-18. ISSN 0127- 662X

[thumbnail of IJIB 03 01 2018 1-18.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (772kB) | Preview

Abstract

Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang mencabar. Terdapat ramai usahawan wanita Muslim yang menceburi bidang keusahawanan, namun tidak semua berjaya. Usahawan yang berjaya sudah pasti mempunyai amalan yang berbeza dengan mereka yang gagal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan gaya hidup Islam berdasarkan ciri-ciri keimanan, ibadah dan akhlak yang diamalkan oleh usahawan wanita Muslim berjaya. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dengan kaedah fenomenologikal untuk mempelajari pengalaman sebenar usahawan wanita Muslim berjaya dalam menguruskan perniagaan mereka. Pemilihan usahawan yang terlibat dalam kajian ini adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan dan temu bual mendalam digunakan untuk mengutip data daripada mereka. Data dianalisis menggunakan kaedah kondensasi data, pembentangan data dan melakar rumusan dan pengesahan. Penemuan kajian menunjukkan usahawan wanita Muslim berjaya meyakini konsep keberkatan rezeki, rezeki ketentuan Allah dan berdoa. Sementara itu elemen ibadah yang diamalkan oleh mereka melibatkan zakat, sedekah, solat duha, baca al-Quran dan bersilaturrahim. Elemen akhlak pula menunjukkan sifat syukur, tawakal, sabar dan pemurah menjadi amalan usahawan wanita Muslim berjaya. Oleh itu untuk berjaya dan mencapai al-falah, usahawan wanita Muslim perlu menerapkan nilai-nilai keimanan, meningkatkan ibadah serta berakhak mulia. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam mengurus perniagaan mereka dengan baik dan bijaksana, seterusnya berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk menperolehi kejayaan dunia dan akhirat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Keusahawanan Islam, Usahawan berjaya, Gaya hidup Islam, Usahawan wanita Muslim
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 29 May 2023 08:41
Last Modified: 29 May 2023 08:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29472

Actions (login required)

View Item View Item