mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Isu Syariah Dalam Jual Beli Tiket Penerbangan Atas Talian: Analisis Perspektif Gharar

Zulkepli, Muhammad Izzul Syahmi and Mohamad, Mohammad Taqiuddin and Ramli, Mohd Anuar (2018) Isu Syariah Dalam Jual Beli Tiket Penerbangan Atas Talian: Analisis Perspektif Gharar. International Journal of Islamic Business (IJIB), 3 (2). pp. 1-14. ISSN 0127- 662X

[thumbnail of IJIB 03 02 2018 1-14.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

Perkembangan sains dan teknologi telah memberi kesan terhadap pelbagai urusan transaksi manusia. Ia memudahkan urusan para pengguna di samping dapat menjimatkan masa dan kos. Umpamanya, jual beli tiket penerbangan pada hari ini telah menggunakan kaedah jual beli atas talian secara meluas. Walaupun begitu, transaksi yang dilakukan telah menimbul pelbagai isu. Antaranya kekeliruan dalam pengiklanan, wujudnya caj tambahan yang bersifat tersembunyi dan manipulasi harga. Sehubungan itu, kajian ini membincangkan tentang konsep yang diguna pakai dalam jual beli tiket penerbangan serta isu-isu yang berlaku di samping isu-isu syariah yang berkait rapat dengan urusan jual beli tersebut. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan kajian kepustakaan dan lapangan (temu bual) bagi mengumpulkan data. Data kualitatif daripada kajian kepustakaan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan manakala data temu bual dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa dalam transaksi jual beli tiket penerbangan atas talian terdapat beberapa isu yang timbul dan berdasarkan analisis perspektif syariah, wujudnya unsur gharar pada beberapa keadaan. Justeru, bagi mencapai tahap patuh Syariah dalam proses jual beli tiket penerbangan secara atas talian, unsur tersebut perlu ditangani sebaiknya oleh pengendali syarikat penerbangan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tiket Penerbangan, Isu-Isu Syariah, Gharar, Pengguna
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 29 May 2023 08:47
Last Modified: 29 May 2023 08:47
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29477

Actions (login required)

View Item View Item