mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Developing an Augmented Model of Job Creation Dynamics to Assess the Performance of Labour Market Model in Malaysian Manufacturing Sector

Samsi, Aznita and Maamor, Selamah and Abdullah, Norehan and Abdullah, Hussin and Nayan, Sabri (2021) Developing an Augmented Model of Job Creation Dynamics to Assess the Performance of Labour Market Model in Malaysian Manufacturing Sector. Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 13130.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Ringkasan Tinjauan Tenaga Kerja (Labour Force Survey) yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia (2016) merekodkan semenjak tahun 2004 hingga 2008, kadar pengangguran di Malaysia disifatkan sebagai terkawal iaitu 3 .3 peratus. Sementara itu, kadar penganggguran pada tahun 2010 ialah 3.6 peratus, tetapi menurun pada tahun 2011 kepada 3.2 peratus. Berdasarkan angka yang disebutkan, ia menunjukkan pasaran buruh adalah statik. Hal ini menyebabkan corak pergerakkan dinamik aliran pekerjaan dalam pasaran buruh tidak dapat dilihat dengan jelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis corak aliran pekerjaan (penciptaan, pemusnahan dan agihan semula pekerjaan) dalam sektor pembuatan di Malaysia. Dalam masa yang sama, kajian ini turut menganalisis faktor yang mempengaruhi penciptaan pekerjaan (sebagai salah satu komponen dalam aliran pekerjaan) serta membentuk satu model dinamik penciptaan pekerjaan dalam sektor pembuatan di Malaysia. Analisis secara deskriptif membuktikan corak agihan semula pekerjaan lebih dinamik berbanding corak penciptaan pekerjaan. Manakala hasil penganggaran Generalized Method of Moment (GMM), mendapati penciptaan pekerjaan adalah dipengaruhi oleh keluaran, upah, modal, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), eksport dan pekerja asing. Hasil kajian yang diperoleh akan dapat membantu kerajaan dan industri dalam sektor pembuatan di Malaysia untuk mengenalpasti faktor yang menggalakkan penciptaan pekerjaan dalam industry serta membantu kerajaan untuk menentukan keberkesanan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme, ETP) terhadap penciptaan pekerjaan dalam sektor pembuatan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: S/O 13130
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 05 Jul 2023 15:23
Last Modified: 05 Jul 2023 15:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29599

Actions (login required)

View Item View Item