mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cabaran dan Penyelesaian Agenda 5S di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB)

Murugiah, Logasvathi and Hassan, Hasliza (2021) Cabaran dan Penyelesaian Agenda 5S di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB). Technical Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14304.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (871kB) | Request a copy

Abstract

Keyakinan dan komitmen dalam amalan 5S masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan di SEFB. Kenapa? Masalah “ini bukan tanggungjawab saya” adalah antara kekangan dalam melaksanakan aktiviti 5S. Justeru, objektif kajian ini adalah (i) untuk mengenal pasti tahap pemahaman 5S di kalangan kakitangan pentadbiran di SEFB, (ii) untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan amalan 5S di SEFB, dan (iii) untuk menganalisis penambahbaikan di SEFB hasil dari aktiviti 5S. Satu tinjauan menggunakan borang soal selidik digunakan untuk mencapai objektif kajian ini. Borang tinjauan dapat dibahagikan kepada empat (4) komponen iaitu, profil responden, tahap pemahaman 5S, kesan penguatkuasaan 5S, dan peluang penambaikan melalui 5S. Borang tinjauan diedarkan secara atas talian menggunakan Google Form dan kekerapan pengedaran adalah sebanyak dua kali (sebelum dan selepas pelaksanaan 5S) dari tahun 2019 hingga 2020. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kakitangan pentadbiran di SEFB memahami dan merasakan bahawa pelaksanaan 5S adalah sistem pengurusan yang cemerlang. Di samping itu, tahap pelaksanaan amalan 5S di SEFB juga berada dalam keadaan yang baik sebelum pelaksanaan 5S, namum meningkat ke situasi yang lebih kondisi dan memberangsangkan selepas pelaksanaan 5S dari segi produktiviti, kualiti tempat kerja, kualiti staf dan moral, dan keselamatan di tempat kerja. Tambahan, faedah pelaksanaan 5S di SEFB juga dapat dilihat dalam pelbagai aspek terutamanya kepada SEFB itu sendiri, kepada UUM, dan juga kepada masyarakat sekitar.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: S/O 14304
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 05 Jul 2023 15:38
Last Modified: 05 Jul 2023 15:38
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29603

Actions (login required)

View Item View Item