Kasim, Marini and Mohd Yaakob, Mohd Faiz (2021) Meningkatkan Kemahiran Membuat Keputusan Dalam Kalangan Pelajar Pascasiswazah Menggunakan Pendekatan Pentaksiran Alternatif. Technical Report. UUM. (Submitted)
![]() |
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan – Kajian ini meneroka kesesuaian pelaksanaan pentaksiran alternatif bagi meningkatkan kemahiran membuat keputusan (decision-making skills) dalam organisasi pendidikan bagi pelajar yang mengikuti Kursus Strategic Management In Education. Metodologi – Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian tindakan. Perbincangan kumpulan berfokus serta temubual secara separa berstruktur juga telah dijalankan. Seramai sepuluh orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri dari dua orang pelajar lelaki dan lapan orang pelajar perempuan. Dapatan – Secara keseluruhan dapatan menunjukkan peningkatan tahap kemahiran membuat keputusan yang ketara dalam kursus Strategic Management In Education dalam kalangan pelajar pascasiswazah. Intervensi dua peringkat juga terbukti berkesan dalam meningkatkan kemahiran membuat keputusan di kalangan pelajar pascasiswazah. Signifikan – Penyelidikan ini telah berjaya membuktikan bahawa kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar menunjukkan peningkatan markah yang ketara. Ini menunjukkan bahawa penilaian alternatif mempunyai kesan positif dan dapat membantu pelajar membuat keputusan yang lebih baik dalam menyelesaikan masalah di organisasi masing-masing.
Item Type: | Monograph (Technical Report) |
---|---|
Additional Information: | S/O 14514 |
Uncontrolled Keywords: | Penilaian alternatif, Kemahiran Membuat Keputusan, Kemahiran Menyelesaikan Masalah |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Research and Innovation Management Centre (RIMC) |
Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
Date Deposited: | 06 Jul 2023 09:52 |
Last Modified: | 06 Jul 2023 09:52 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29606 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |