Mustafar, Mastora and Mat Saat, Rafeah and Yaacob, Noorulsadiqin Azbiya and Othman, Siti Norezam (2021) Pembangunan Kerangka Kelestarian Kewangan (KKK) bagi Universiti Awam di Kedah. Project Report. UUM. (Submitted)
|
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memberi pengiktirafan status autonomi kepada IPTA untuk memastikan kelestarian kewangan bagi sistem pendidikan tinggi Malaysia. Autonomi yang diberikan kepada IPTA dapat mengurangkan kebergantungan pada sumber kerajaan dan memastikan semua pihak berkepentingan turut memberi sumbangan. Kajian ini mengfokuskan kepada pembangunan Model Kelestarian Kewangan Universiti bagi menghadapi masalah peruntukan kewangan yang diperuntukan semakin berkurangan saban tahun. Kaedah kualitatif digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data kajian. Analisis pengkodan terbuka dilaksanakan untuk mengenalpasti tema dalam mendapatkan konsensus bersama mengenai definisi konsep dan untuk meningkatkan bilangan elemen yang ditemui. Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa terdapat tiga tonggak utama untuk mendapatkan kelestarian kewangan universiti iaitu pengurusan strategik, kecekapan urus tadbir dan kepimpinan serta kepelbagaian pendapatan. Tambahan lagi, pihak universiti juga menghadapi dan menyelesaikan cabaran dari dalam dan luar universiti. Selain implikasi kajian kepada pelajar, pihak universiti, dan rakan industri, Model Kelestarian Kewangan ini juga dapat dijadikan sebagai panduan dalam membangunkan kerangka pelan tindakan untuk melaksanakan perancangan strategik, menghasilkan kertas polisi atau saranan untuk pengurusan kewangan universiti. Cadangan kajian masa depan, penyelidik dalam bidang yang sama boleh meluaskan skop dan metodologi kajian antaranya menjalankan kajian kuantitatif ke atas model yang dicadangkan.
| Item Type: | Monograph (Project Report) |
|---|---|
| Additional Information: | S/O 13354 |
| Subjects: | H Social Sciences > HG Finance |
| Divisions: | Research and Innovation Management Centre (RIMC) |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 20 Jul 2023 07:45 |
| Last Modified: | 20 Jul 2023 07:45 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29630 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
