mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembentukan Indeks Akses Makanan Di Kalangan Golongan Mudah Terancam Di Daerah Miskin, Negeri Kedah

Ibrahim, Ahmad Zubir and Othman, Zaheruddin and Wallang, Muslimin (2021) Pembentukan Indeks Akses Makanan Di Kalangan Golongan Mudah Terancam Di Daerah Miskin, Negeri Kedah. Technical Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14567.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (792kB)

Abstract

Kerajaan melalui rancangan pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun telah mensasarkan untuk meningkatkan taraf isi rumah golongan mudah terancam, khususnya B40 ke arah masyarakat kelas menengah. Dalam merencanakan sasaran tersebut, pencapaian kepada keselamatan makanan golongan ini harus diberi perhatian. Keselamatan makanan didefinisikan apabila semua penduduk mempunyai akses fizikal dan ekonomi terhadap sumber makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat untuk memenuhi keperluan makanan mereka pada bila-bila masa serta mempunyai pilihan terhadap kepelbagaian makanan untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sihat (Persidangan Kemuncak Dunia Mengenai Keselamatan Makanan, 1996). Dalam mencapai keselamatan makanan, masih lagi terdapat isi rumah diluar bandar berhadapan dengan masalah akses makanan. Kegagalan untuk mengakses makanan yang mencukupi akan mendorong isi rumah berhadapan dengan kawasan ketandusan makanan (food desert) dan corak pengambilan makanan. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis akses makanan dikalangan golongan mudah terancam bagi mengenalpasti corak pengambilan makanan di kalangan golongan ini. Kajian ini juga akan membentuk indek akses makanan di kalangan golongan mudah terancam di luar bandar. Kajian ini melibatkan seramai 200 orang responden di negeri Kedah yang melibatkan Daerah Baling, Daerah Sik dan Daerah Padang Terap. Pemilihan negeri Kedah sebagai kawasan kajian susulan negeri ini mempunyai pendapatan kasar bulanan isi rumah luar bandar di kurang dari RM3000 dan merupakan antara negeri yang miskin di Malaysia. Hasil kajian mendapati rata-rata golongan miskin di daerah ini berhadapan dengan kawasan ketandusan makanan dengan melebihi 12km sebanyak 97.87 peratus (Daerah Baling), 71.43 peratus (Daerah Padang Terap) dan 82.36 peratus (Daerah Sik). Secara keseluruhannya indeks akses makanan di daerah ini adalah lemah dengan nilai 0.18. Pada masa yang sama, kedai runcit menjadi tempat utama golongan ini untuk mendapatkan sumber makanan. Dari segi pengambilan makanan, rata-rata responden kurang mengambil buah-buahan dalam pemakanan harian. Keadaan ini sudah pasti akan memberi kesan kepada nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Justeru itu, kajian ini dijangkakan dapat dijadikan panduan kepada pembuat dasar bagi menentukan program dan aktiviti yang lebih relevan bagi membantu golongan mudah terancam mencapai keselamatan makanan. Pembentukan indeks akses makanan juga mampu memberi gambaran sebenar mengenai kedudukan sumber utama untuk mendapat makanan di luar bandar dan seterusnya membantu pihak kerajaan dalam membuat sebarang perancangan berkaitan dengan transformasi ekonomi dan pembangunan komuniti luar bandar pada masa hadapan.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: S/O 14567
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 20 Jul 2023 07:48
Last Modified: 20 Jul 2023 07:48
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29634

Actions (login required)

View Item View Item