mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar Pasca Siswazah Pendidikan Menerusi Group-Based Flipped Learning

Mohamad Zain, Farah and Sailin, Siti Nazuar (2021) Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar Pasca Siswazah Pendidikan Menerusi Group-Based Flipped Learning. Technical Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14508.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Tujuan - Kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan group-based flipped learning (GBFL) dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar pasca siswazah. Metodologi - Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar yang mendaftar dalam program Diploma Pasca Siswazah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam reka bentuk penyelidikan. Data daripada penulisan refleksi pelajar dan pengajar serta hasil kerja pelajar dianalisis secara tematik. Penulisan refleksi pelajar adalah berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka dalam kursus SGDT4013 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Dapatan - Analisis refleksi pelajar dan pengajar menunjukkan bahawa pelajar mengalami pembelajaran yang bermakna melalui aktiviti pembelajaran aktif dan kolaboratif. Di samping itu, pelajar juga merasa saling berhubungan melalui GBFL dan mereka juga mampu meningkatkan KBAT dari segi kreativiti, kolaborasi, pemikiran kritis dan komunikasi. Signifikan - Hasil penyelidikan ini menyumbang kepada pembangunan garis panduan GBFL dalam merancang GBFL yang bermakna. Pereka pengajaran dan pengajar kursus dapat mengintegrasikan GBFL untuk meningkatkan KBAT dalam usaha mengembangkan pembelajaran abad ke-21.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: S/O 14508
Uncontrolled Keywords: kemahiran berfikir aras tinggi, group-based flipped learning, pembelajaran bermakna, pembelajaran aktif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 30 Jul 2023 08:53
Last Modified: 30 Jul 2023 08:53
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29637

Actions (login required)

View Item View Item